Hatrik menerusi sepakan penalti oleh Akram Afif membantu Qatar muncul juara Piala Asia 2023 selepas berjaya menundukkan Jordan 3-1 pada aksi final yang berlangsung di Lusail Stadium, sebentar tadi.

Kemenangan manis itu juga sekali gus membolehkan Qatar mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada edisi 2019 di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Akram terlebih dahulu menguji gawang Jordan seawal minit ketujuh tetapi kuisannya selepas gerakan solo ke dalam kawasan penalti diselamatkan penjaga gol, Yazeed Abulaila.

Yazan Al-Naimat kemudiannya menguji gawang Qatar, namun rembatan jarak jauh diledakannya ditumbuk keluar Meshaal Aissa Barsham.

Penyokong Qatar melonjak kegembiraan pada minit ke-22 selepas Akram menyempurnakan sepakan penalti walaupun Yazeed sudah dapat membaca arah sepakan tersebut.

Sepakan penalti itu dihadiahkan buat Qatar selepas Abdallah Nasib mengasari Akram dalam kawasan penalti.

Memasuki minit ke-33, Lucas Mendes hampir mengukuhkan kedudukan buat skuad kendalian Tintin Marquez itu, tetapi tandukannya ketika situasi sepakan penjuru dinafikan Yazeed.

Tekanan hebat diberikan Jordan pada babak kedua dan turut menguasai permainan nyata membuahkan hasil pada minit ke-67 apabila percubaan kaki kiri Yazan Al-Naimat berjaya menewaskan Meshaal Aissa Barsham.

Kegembiraan Jordan itu hanya mampu bertahan enam minit selepas  Afif Akram sekali lagi menyempurnakan sepakan penalti untuk kembali meletakkan Qatar dihadapan.

Kekasaran dilakukan Yazeed terhadap Akram pada masa kecederaan menyaksikan sepakan penalti ketiga diberikan kepada Qatar.

Akram yang mengambil sepakan tidak berdepan masalah untuk menjadikan kedudukan 3-1 sekali gus melengkapkan hatriknya pada perlawanan ini.

Malah, beliau turut dinobatkan selaku penjaring terbanyak dengan lapan gol berjaya dihasilkannya sepanjang kejohanan.

Kedudukan tersebut kekal hingga tamat permainan untuk menyaksikan pesta buat Qatar buat dua edisi berturut-turut.