Kecoh baru-baru ini apabila Dato’ Hattan dirakam secara live ‘sekolahkan’ seorang pembaca berita hanya kerana bertanyakan mengenai pemergian Mael XPDC.

Tindakan yang dilakukan Dato’ Hattan secara tidak langsung telah mengundang pelbagai respon dan buah mulut di kalangan netizen yang tidak bersetuju dengan tindakan Dato’ Hattan.

Baca Juga:

Susulan insiden yang berlaku, Dato’ Hattan memilih untuk terus berdiam diri kerana tidak ingin mengeruhkan keadaan atas keterlanjuran yang berlaku.

Sumber: Kosmo

Menurut Kosmo! Online, insiden yang berlaku membuat penyanyi yang popular dengan lagu Biso Bonar ini kenal kenal siapa kawan dan siapa lawan dalam industri.

“Saya tak nak cakap dengan sesiapapun berhubung isu yang berlaku. Buat masa sekarang, begini sahajalah. Nanti ada masa, saya jemput kawan-kawan rapat makan, jumpa bersama.

“Apa yang berlaku tempoh hari buat saya kian kenal ramai rakan sebenarnya suka tikam belakang. Tapi tak mengapa.

“Kerjaya seni saya masih berjalan seperti biasa. Saya sibuk sekarang. Alhamdulillah. ‘Show’ macam ada walaupun isu yang berlaku,” katanya.

Sumber: Mstar

Mengulas mengenai mental Dato’ Hattan selepas insiden tersebut, Hattan memaklumkan beliau baik-baik sahaja serta menanti untuk keadaan reda dahulu.

“Nanti dah okey sikit, saya akan bagi kenyataan dan bertemu dengan kenalan-kenalan rapat yang saya percayai.”

Insiden yang berlaku telah membuatkan Dato’ Hattan digesa untuk membuat permohonan maaf oleh Persatuan Wartawan. Selain itu, isteri beliau turut memaklumkan Dato’ Hattan turut menerima ugutan bunuh daripada salah seorang netizen.

Sumber