Arsenal berkunjung ke Lisbon untuk aksi suku akhir pertama menentang Sporting. Ini juga adalah kepulangan semula bekas penggempur berbisa Sporting, Gyokeres ke markas kelab lamanya.
Skuad Mikel Arteta cuba bangkit selepas terlepas 2 trofi dalam 2 perlawanan terakhir mereka sebelum ini.
Pemain gantian, Kai Havertz menjadi wira Arsenal menerusi gol masa kecederaan minit ke-90+1.
Havert masuk pada minit ke-71, membuktikan bahawa pengalamannya di pentas UCL benar benar membantu Arsenal.
Havertz memecahkan kebuntuan dengan menerima kemas hantara Martinelli dan menewaskan penjaga gol lawan.
It took just 21 minutes for Kai Havertz to score the winner for Arsenal after being substituted on… 🤯⏰ pic.twitter.com/VsWxx7aKxN
— DailyAFC (@DailyAFC) April 7, 2026
Arsenal dan Sporting bersaing sengit sepanjang malam. David Raya benar benar berada di kelas tertinggi untuk menafikan beberapa siri percubaan bahaya Sporting.
Arsenal menang 1-0, bekalan berharga yang akan dibawa pulang ke Emirates untuk aksi timbal balik, dalam misi Arsenal memburu kejuaraan UCL pertama mereka, serta misi menamatkan saingan dengan kejuaraan berganda musim ini.