Alexander Isak menjadi nama yang benar benar ditunggu tunggu peminat Liverpool, walaupun kelab itu sudah mendapatkan Ekitike sebelum ini.
Alexander Isak akhirnya semakin hampir menyertai Liverpool. Fabrizio Romano melaporkan: “Here We Go, Alexander Isak ke Liverpool.
“Perpindahan terbesar untuk musim panas kali ini dan dalam sejarah Liga Perdana Inggeris.”
Alexander Isak, Liverpool. 💣🇸🇪 pic.twitter.com/6dtXQwuTty
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 31, 2025
Isak yang sebelum ini mendesak perpindahan ke Liverpool, tidak bermain untuk Newcastle pada awal musim ini.
Isak malah menegaskan bahawa kelab itu mungkir janji kepadanya, ketika mereka menghalangnya untuk berpindah kali ini.
Isak kemudian memberitahu bahawa dia hanya mahukan perpindahan ke Liverpool. Dan berharap Newcastle akan menjualnya ke kelab Merseyside itu.
Newcastle yang baru sahaja mendapatkan Woltemade dengan perpindahan £65 juta dari Stuttgart, kini sudah sedia melepaskan Isak dengan harga £130 juta.
Ianya tawaran asal dibuat Liverpool sejak awal, walaupun Newcastle mahukan £150 juta untuk pemain tersebut.
Menurut BBC, Liverpool membayar £125 juta tetap dan bakinya dalam bentuk bonus.
🚨💣 BREAKING: Alexander Isak to Liverpool, here we go! Deal agreed now for £130m transfer fee. Record move for Premier League.
Isak, on his way today for medical tests as new Liverpool player after long term deal agreed months ago.
It was always ONLY Liverpool for Isak. pic.twitter.com/AGnXqBKsmX
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) August 31, 2025
Isak akan menyelesaikan urusan medikal terlebih dahulu pada Isnin dan perpindahan bakal diumumkan secara rasmi sebelum jendela perpindahan ditutup.
Selain daripada Isak, Liverpool juga dilaporkan masih berusaha mahu mendapatkan kapten Palace, Mark Guehi untuk memperkuatkan bahagian pertahanan.