Semalam, anjing pengesan milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Blake yang dikenali sebagai ‘hero Batang Kali’ dilaporkan telah ditidurkan selepas dikesan menghidapi barah limfoma.

Untuk pengetahuan anda, Blake banyak menyumbang kepada kejayaan operasi pencarian yang dijalankan JBPM di seluruh negara antaranya mengesan mangsa lemas di Tol Batu 13, Lorong 16, Kampung Kenangan, Selangor; operasi mencari dan menyelamat (SAR) kepala air di Titi Hayun dekat Yan, Kedah dan operasi mengesan mangsa tertimbus di Kampung Temelong, Karak di Pahang.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Selain itu, Blake juga pernah terlibat dalam SAR mangsa tanah runtuh di Batang Kali pada Disember 2022 dan ketika itu, ia diangkat menjadi ‘hero Batang Kali’ dalam kalangan rakyat Malaysia.

Susulan laporan tersebut, rata-rata menzahirkan rasa sedih kerana Blake telah ditidurkan dan ada juga netizen yang berasa pelik kenapa penyakitnya baru diketahui setelah sampai ke tahap 4.

https://twitter.com/lostinacrowd_/status/1704147649967149071

Para netizen turut mengenang jasa Blake yang banyak membantu dalam usaha mencari dan menyelamatkan mangsa dalam pelbagai tragedi dan akan sentiasa ingat akan usaha yang pernah ditaburkan.