Menyebut tentang Highland Tower mungkin ramai yang mengenalinya sebagai bangunan yang dilanda tragedi yang berlaku sekitar tahun 1993 dahulu. Buat generasi baru, kami yakin ramai yang mengenalinya sebagai bangunan yang penuh dengan cerita mistik.

Terbiar selama 25 tahun, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Malaysia, Zuraida Kamaruddin memaklumkan Majlis Perbandaran Ampang Jaya telah bersedia untuk merobohkan bangunan ini.

4315208_orig
Sumber: marwani

Mungkin ada yang tertanya-tanya,  apakah yang membuatkan pihak kerajaan mengambil masa yang lama sebelum merobohkan bangunan terbiar ini. Difahamkan proses ini berlanjutan berikutan proses untuk mengenalpasti unit dan tuan rumah bagi unit di dalam apartmen ini.

Mengulas mengenai projek terbaru, nampaknya pihak pemaju tidak menangguh lama sebelum projek baru dibangunkan semula pada bulan Disember ini. Kemungkinan besar projek yang bakal dibangunkan ini tidak lama sebuah apartmen memandangkan keadaan tanah yang tidak sesuai pada tempat tersebut.

highland-tower_redeveloped_fd241115_theedgemarkets
Sumber: edgemarkets

Pihak kementerian turut mencadangkan agar sebuah pusat rekreasi dibangunkan bagi membolehkan penduduk sekitar beriadah. Untuk pengetahuan anda, Bangunan Highland Tower ini pernah mengalami masalah melibatkan runtuh sekaligus meragut 48 nyawa. 

Harapnya projek untuk merobohkan Bangunan Highland Tower ini tidak dilanda dengan masalah melibatkan mistik mahupun pengguna yang sudahpun mendapatkan unit Highland Tower sebelum ini.

Sumber