Sebut sahaja nama ‘Highland Towers’, pasti terbayang tragedi runtuhan blok pangsapuri pada tahun 1993 yang pernah menggegarkan negara.

Namun, di sebalik sejarah hitam dan rimbunan hijau yang kini menutupi kawasan tersebut, sebuah tawaran hartanah baru-baru ini telah mencetuskan perdebatan hangat di media sosial.

Sebuah rumah banglo yang terletak hanya “sepelaung” dari tapak tragedi tersebut kini dibuka untuk jualan dengan tanda harga RM1.7 juta selepas 15 tahun ditinggalkan menurut sumber.

Apa yang menarik perhatian bukan sekadar harganya yang dianggap kompetitif bagi sebuah unit kediaman di pinggir pusat bandar, tetapi keluasan tanahnya yang mencecah 8,530 kaki persegi iaitu satu saiz yang cukup mewah untuk sebuah kediaman peribadi.

Tular Di Media Sosial, Banglo RM1.7 Juta Berdekatan Tapak Highland Tower Kini Mencari Pemilik Baru
Sumber Gambar: TikTok @rafiq_conquest

Ejen hartanah bernama Rafiq yang berkongsi perkara itu malah menegaskan si pemilik enggan melepaskan pada harga yang terlalu rendah namun masih boleh berbincang untuk dapatkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Bagaimanapun, aspek mistik yang berada di kawasan lot rumah itu pun tidak kurang ‘ngerinya’.

“Rumah dekat kawasan ini semua aura macam tak baik. Sebagai contoh, rumah (di kawasan berdekatan) ni ada orang kena bunuh, dah jadi berhantu gila. Kita orang nampak perempuan rambut panjang sini,” kongsinya.

Kehangatan perbincangan mengenai banglo ini semakin memuncak apabila salah satu foto yang dikongsikan tular di media sosial.

Netizen mendapati terdapat imej samar yang menyerupai entiti berambut panjang sedang duduk di kawasan semak, sekali gus mencetuskan pelbagai spekulasi mengenai suasana misteri di sekitar tapak bersejarah tersebut.

@rafiq_conquest

Replying to @syahida_rosma Sambung cerita perumahan Highland Tower pt 2πŸ‘» Ramai yang request, ni untuk korang🫑 #fyp #rumahtangga #rumahidaman #seram #rumah

♬ suara asli – 🌻🌻🌻 – guspani_

Bagi peminat hartanah, lokasi ini adalah “permata tersembunyi” yang menawarkan privasi dan kedinginan udara perbukitan.

Pada masa yang sama, terdapat segelintir pihak yang menaruh harapan agar pemaju hartanah dapat memberikan nafas baharu melalui projek pembangunan semula yang lebih lestari.

Langkah ini dilihat mampu menghidupkan kembali potensi kawasan eksklusif tersebut, sekali gus mengelakkannya daripada terus terbiar tanpa nilai ekonomi yang optimum

Bagi sesetengah yang lain, bayang-bayang sejarah 33 tahun lalu masih meninggalkan seribu satu persoalan tentang keselamatan dan nilai pelaburan di kawasan sensitif ini.

Segala maklumat, gambar, dan spesifikasi yang dinyatakan dalam iklan ini adalah berdasarkan data semasa yang dibekalkan oleh ejen hartanah tersebut di media sosialnya.