Bermula dengan ura-ura sejak beberapa tahun lalu, nampaknya kondominium penuh cerita dan kontroversi iaitu Highland Tower di Taman Hillview, Hulu Kelang nampaknya bakal dirobohkan selepas terbiar selama 28 tahun.

Menerusi pengumuman yang dibuat oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin, lawatan kerja bagi merobohkan kondominium ini sudah dilakukan sebelum proses seterusnya dilakukan.

B1C6F787-5B96-4AE7-9853-877FC95EFE8E
Sumber: The star

Sebelum ini, Datuk Zuraida Kamaruddin pernah mencadangkan agar tapak kondominium ini dijadikan taman rekreasi melihatkan struktur tanah kawasan ini yang tidak sesuai dijadikan kawasan perumahan.

Untuk pengetahuan, nama Highland Towers pernah tular sekitar tahun 1993 selepas satu daripada tiga blok kondominium ini runtuh sekaligus meragut 48 nyawa. Sering menjadi sarang penagihan dadah dan turut dijadikan filem pada tahun 2013 antara yang membuatkan kondominium ini menjadi sebutan ramai sehingga kini.

Tular pada minggu ini apabila kerajaan Egypt sedia adakan perarakan mewah untuk 22 mumia firaun diraja.

Sebagai Tanda Hormat, Kerajaan Egypt Adakan Perarakan Mewah Untuk 22 Mumia Firaun Diraja

Fipper Jawab Isu Selipar ‘Muslim Friendly’ Edisi Khas TheNoor

Sumber