Gandingan Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri terus mencuri tumpuan selepas mencipta kejutan muncul juara Kejohanan Antarabangsa Syed Modi 2023, sebentar tadi.

Lawan seterusnya yang menjadi mangsa pasangan muda tersebut ialah wakil dari Jepun, Akira Koga-Taichi Saito yang juga merupakan pilihan utama kejohanan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Kenangan manis di bumi Lucknow, India itu menjadi kejuaraan sulung dimenangi Hon Jian-Haikal dalam siri Jelajah Dunia Persekutuan Badminton Dunia (BWF) tersebut.

Berdepan lawan yang berada di ranking ke-16 dunia jelas langsung tidak membuatkan gandingan negara itu gentar untuk beraksi.

Ia jelas dibuktikan dengan cabaran sengit diberikan pada set pertama meskipun mereka tewas 18-21 dalam tempoh 18 minit.

Aksi di set kedua pula menyaksikan Hon Jian dan Haikal memperkemaskan corak permainan serta kelihatan lebih agresif untuk memenangi set kedua 21-18 sekali gus mengheret perlawanan ke set penentuan.

Bagaikan mendapat tonik berguna susulan kemenangan set kedua itu, Hon Jian-Haikal kelihatan cukup garang pada permulaan set ketiga dengan jurang 5-0.

Keadaan itu meningkatkan lagi semangat juang Hon Jian-Haikal untuk tampil dengan lebih garang bagi memburu mata kemenangan.

Kejuaraan akhirnya menjadi milik wakil negara itu dengan kemenangan 21-16 untuk membawa pulang hadiah wang tunai bernilai $16,590.

Kejayaan diraih merupakan podium kedua buat Hon Jian dan Haikal pada tahun ini selepas mereka menduduki tempat kedua dalam Kejohanan berstatus Super 100, Indonesia Masters.