Kepulangan Hong Myung Bo ke Korea Selatan, telah disambut ratusan peminat bola sepak di negara itu. Sambutan kali ini bukan seperti sambutan mesra, sebaliknya penuh cacian dan makian.
Peminat Korea Selatan biasanya berkumpul di lapangan terbang menyambut pasukan mereka setiap kali Taeguk Warrior pulang daripada tugasan Piala Dunia mereka, dengan semangat sokongan dan kebanggaan.
Tetapi kali ini berbeza. Tiada sambutan meminta tandatangan atau sambutan yang meraikan pasukan mereka sebagai penghargaan setelah berjaya layak beraksi di pentas tertinggi.
Yang tinggal sambutan panas dan penuh toksik.
Kegagalan Korea Selatan melepasi peringkat kumpulan di Piala Dunia 2026 dianggap bencana.
L’Equipe melaporkan, ketika Hong Myung Bo tiba, dia diherdik dan dimarahi. Sebelum itu polis sudah memperketatkan kawalan keselamatan ke atas legenda sejati Korea Selatan itu, selepas beliau menerima pelbagai ugutan dan ancaman termasuk mahu mencabut nyawanya.
🚨🚨| JUST IN: South Korea deploy 𝟏𝟔𝟎 𝐑𝐈𝐎𝐓 𝐏𝐎𝐋𝐈𝐂𝐄 at the airport as the national team returns after their World Cup group-stage exit amid death threats to resigned manager Hong Myung-bo. 😱🇰🇷
{@Independent} pic.twitter.com/eFKR3AbL9L
— Goals Side (@goalsside) June 29, 2026
Hong Myung Bo benar benar menjadi individu yang paling banyak menerima kecaman dan kejian dalam beberapa hari ini.
Hong Myung-bo 🇰🇷 arrived in Korea at the dead of night, but the fans were waiting for him with signs and hurling insults at the coach.
Glad he got home safe, but his legacy has officially been ruined.
Please never work in Korean football again. pic.twitter.com/Cqet6n6Wiw
— BibimBallers (@BibimBallers) June 29, 2026
Terdapat juga kempen mengharamkan Hong Myung Bo daripada menjejakkan kaki ke premis perniagaan mereka, termasuk kedai makan, kedai runcit serta beberapa kawasan yang lain. Mereka menulis papan tanda atau kain rentang bertulis:
“Hong Myung Bo tidak dibenarkan masuk” atau “Hong Myung Bo tidak dialu alukan di sini.”
Kang-in is listening to this fan's insults…. 😭
"HMB, you son of a *…The wc was a disgrace because of you, Myung-bo…bcs of you, Korean football has gone backward by 30 years..MB! Spit out your salary…you piece of shit son of a *..!pic.twitter.com/rLFPxMfazt
— Mari⁷ | ❀༉ (@mari_mavi5) June 29, 2026
Keadaan ketika ini benar benar sukar dikawal, terutama sekali di media sosial. Terlalu banyak komen dan hantara berbaur kebencian ke atas Hong Myung Bo.
Ramai yang mahu Hong Myung Bo jangan pernah menjawat apa apa jawatan jurulatih dalam skuad Korea Selatan lagi selepas ini.
¡NO LO QUIEREN VER! 😳🇰🇷
Según L’Équipe, el rechazo contra Hong Myung-bo tras la ELIMINACIÓN de Corea del Sur en la fase de grupos se salió completamente de control.
El entrenador de 57 años ya RENUNCIÓ, pero para gran parte de la afición eso no es suficiente: exigen que NUNCA… pic.twitter.com/vnAL0nnejj
— Motivaciones Fútbol (@MotivacionesF) June 29, 2026
Legasi legenda yang ada pada Hong Myung Bo kini sedang dicalarkan oleh peminat fanatik Korea Selatan.
Hong Myung Bo adalah legenda Korea Selatan
Ironinya, Hong Myung Bo bukan nama asing. Beliau adalah legenda negara Korea Selatan. Dia memiliki 136 kaps untuk negaranya. Bermain dalam empat edisi Piala Dunia untuk Korea Selatan.
Beliau menjadi tonggak era keemasan 2002, dan antara ikon paling dihormati Asia dalam sejarah FIFA. Membantu Korea Selatan menamaykan kempen Piala Dunia 2002 sebagai pasukan tangga keempat.
Beliau ketika itu menerima Anugerah Bola Gangsa Piala Dunia 2002, sebagai mengiktiraf pemain ketiga terbaik pertandingan.
Nama Hong Myung Bo disematkan dalam senarai 100 Pilihan FIFA atau Pilihan Pele. Menjadikan dia sebagai antara pemain Asia paling berpengaruh dalam sejarah.
Namun generasi muda Korea Selatan hari ini tidak begitu menghargainya kerana mereka hidup di era Son Heung Min dan Lee Kang In.
Hong Myung Bo malah menjadi bahan jenaka seluruh negaranya pada hari ini. Kerana penyokong mereka percaya skuad Korea Selatan pada kali ini adalah terbaik dalam sejarah bola sepak negara itu.