Ketua Jurulatih Mesir, Hossam Hassan, dilaporkan pengsan selepas dua isterinya terbabit dalam pergaduhan di sebuah hotel.
Menurut laporan, insiden berlaku ketika Hassan berada di sebuah hotel di Marina El Alamein.
Dua isterinya, Howaida Al-Gharbawy dan Dina Mostafa atau dikenali sebagai Dan Adam, dikatakan bertengkar sebelum pergaduhan itu bertukar menjadi fizikal.
Kejadian tersebut turut dirakam oleh warganet dan cepat tular di media sosial.
Hassan yang cuba campur tangan untuk meleraikan pergaduhan tersebut dilaporkan mengalami tekanan sehingga akhirnya pengsan.
Polis kemudian dipanggil ke lokasi kejadian dan kedua-dua wanita terbabit dilaporkan ditahan selepas insiden berkenaan.
Kejadian itu menjadi perhatian kerana Hassan dikatakan terperangkap dalam pergaduhan antara dua wanita yang mempunyai hubungan dengannya.
Peguamnya kemudian menafikan bahawa jurulatih berusia 59 tahun itu mengalami krisis kesihatan serius dan menegaskan beliau berada dalam keadaan baik.
Tidak lama selepas insiden tersebut, Hassan dilaporkan turut menceraikan isteri pertamanya, Howaida, selepas perkahwinan mereka yang telah berlangsung selama beberapa dekad.
Egypt football coach Hossam Hassan reportedly collapses after his TWO wives fight at hotel
The Egyptian national coach was reportedly rushed to hospital after the altercation left him overwhelmed and unconscious
Police reportedly detained both women after arriving at the scene pic.twitter.com/wtOeqD7yVp
— RT (@RT_com) August 18, 2026
Sebenrnya, sebelum ini Hossam dan isteri pertamanya pernah berpisah 10 hari pada 2022. Sebelum kembali semula bersatu.
Perkahwinan Hassan dengan isteri keduanya, Dan Adam, pula bermula pada 2015 ketika beliau masih menjadi suami kepada Howaida.
Difahamkan hubungan antara isteri pertama dan keduanya memang tidak pernah baik.