Fabian Hurzeler memuji Brighton sebagai pasukan yang ‘sukar untuk dihadapi’ selepas mereka mempamerkan aksi klinikal untuk menewaskan Arsenal di Stadium Amex.

Pengendali The Seagulls itu menyaksikan dengan penuh bangga apabila anak buahnya menamatkan permulaan tanpa kalah Arsenal musim ini menerusi kemenangan bergaya 3-0 di laman sendiri.

Brighton memulakan aksi dengan penuh keyakinan susulan kemenangan ke atas Coventry City dan Manchester United baru-baru ini, sebelum mereka menterjemahkan momentum tersebut kepada aksi dominan ketika berdepan juara bertahan dari London itu.

Hurzeler Dedah Rahsia Brighton Benam Arsenal, ''Pasukan Kami Sukar Untuk Dihadapi''
Kredit Foto: Glyn KIRK / AFP

Brighton Cemerlang Atasi Arsenal

Hurzeler sememangnya gembira dengan cara Brighton meraih kemenangan tersebut, selain mengakui betapa besarnya pencapaian menewaskan pasukan berstatus seperti Arsenal.

“Ia merupakan kemenangan yang istimewa. Bukan sahaja kerana kami menentang pasukan terbaik di England, tetapi juga kerana persembahan yang ditunjukkan.”

“Saya sangat berbangga dengan pasukan saya. Kita perlu sentiasa menikmati detik-detik seperti ini. Kami amat menyusahkan lawan untuk bermain menentang kami.”

“Intensiti, intensiti, memenangi setiap perebutan satu lawan satu. kami perlu percaya bahawa kami mampu bersaing dengan pasukan terbaik dalam liga ini.”

“Para pemain saya benar-benar saling mempercayai di atas padang. Jika seorang pemain tidak dapat beraksi, pemain lain mampu menggantikannya.”

“Secara keseluruhannya, kami mahu menjadi sangat baik dalam setiap fasa permainan. Kami perlu berada pada tahap tertinggi,” ujar Hurzeler menurut sumber laporan Goal.

Sumber