Sebelum ini, Fathia Latiff mencetuskan kontroversi apabila mengutuk Zahirah MacWilson dan juga mendakwa Aiman pokai serta membuka aib bekas kawan baiknya, Zarina Anjoulie selepas dua masuk campur halnya.

Terbaharu, Fathia Latiff memuat naik gambar lamanya bersama Aiman Hakim Redza di Instagram ketika mereka bercinta satu ketika dahulu.

Baca Juga:

Menerusi ruangan kapsten, dia mendakwa Aiman masih mencintai dirinya dan juga berkongsi keratan akhbar lama dimana Aiman pernah mengatakan dirinya masih sayang akan Fathia.

Untuk pengetahuan anda, permulaan Fathia mengutuk Zahira di live miliknya itu seakan diprovokasi oleh pertanyaan sehinggalah dia mengeluarkan kenyataan seperti itu.

Dalam pada itu, ibu kepada Zahira berasa sedih kerana anaknya yang sarat mengandung perlu berdepan kata hinaan daripada Fathia.