Seorang peniaga wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Ang terpaksa menanggung nasib badan bagi melangsaikan hutang anak lelakinya yang beranak dari RM3,000 menjadi Rm60,000 akibat meminjam dari ceti haram tujuh tahun lalu, lapor Harian Metro.

Anaknya meminjam dari seorang lelaki yang dikenalinya ini semasa bekerja di pasar borong. Wang tersebut difahamkan bakal digunakan untuk menampung kehidupannya di Dubai. Anaknya pernah mencuba untuk bayar hutang tersebut sebanyak RM10,000 tetapi lelaki tersebut tidak bersetuju dan meminga sehingga RM60,000.

Antara kesan yang dialami okeh Ang adalah rumahnya telah disembah cat beberapa kali. Lelaki terbabit difahamkan telah mengupah orang untuk melakukan perbuatan tersebut yang dialaminya bermula 19 September lalu.

Ang juga berkata bahawa dia sudab buat lima laporan polis di Balai Polis Selayang namun tiada sebarang tindakan lanjut yang diambil sehingga Ang akui hidup keluarga mereka kini dibelengu dengan ketakutan akibat kacau ganggu tersebut.