Persatuan Hak Masyarakat Malaysia (PHMM) merekodkan sebanyak 32,880 kes membabitkan nilai tuntutan termasuk kadar faedah hampir RM10 bilion oleh sindiket along yang ‘dikenakan’ terhadap mangsa.

Pengerusinya Mohammad Mustafa Shaik Ismail berkata, data berkenaan direkodkan badan bukan kerajaan (NGO) itu dari September 2022 hingga Mei lalu, lapor Harian Metro.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

“Setiap hari PHMM menerima kira-kira 30 aduan mangsa yang dijerat dengan Along meminta bantuan.

“Sepanjang September hingga Mei lalu, kita merekodkan 32,880 aduan membabitkan nilai pokok pinjaman RM8 juta serta hampir RM10 bilion nilai tuntutan Along termasuk kadar faedah yang dikenakan terhadap mangsa.

“Daripada jumlah itu, sebanyak 7,852 kes berjaya diselesaikan membabitkan nilai RM4 juta yang dibayar kepada Along,” katanya.

Tambah beliau lagi, pihaknya mendapati sebanyak 80 peratus mangsa along terdiri daripada kalangan wanita.

“Dari segi pecahan kes, 50 peratus mangsa adalah keluarga susah yang membuat pinjaman along kerana desakan dan kelangsungan hidup seperti membeli makanan dan susu anak, membayar bil serta sewa tertunggak dan perubatan.

“Sebanyak 20 peratus pula ialah pelajar universiti dan kolej yang meminjam along kerana gaya hidup seperti beli beg tangan mewah, telefon pintar, komputer riba dan vape bukan untuk tampung bayar yuran pengajian.

“Manakala sebanyak 30 peratus lagi mangsa mengakui mereka meminjam along untuk membeli dadah dan berjudi serta berseronok dengan wanita,” katanya.

Menurut laporan itu lagi, difahamkan mangsa bukan hanya terdiri daripada rakyat biasa, malah daripada latar belakang berlainan termasuk selebriti, pegawai polis, tentera, doktor, ahli perniagaan serta orang kenamaan berpangkat Datuk.

Katanya, sebanyak 10 peratus daripada jumlah kes terbabit akan datang semula meminta bantuan dengan PHMM selepas meminjam dengan along buat kali kedua.

“Mungkin orang ingat caj 10 peratus itu bisnes. Ya, memang sebelum ini, kami tidak mengenakan bayaran, tetapi ada mangsa mengambil kesempatan apabila tidak serik meminjam lagi selepas kesnya kami selesaikan.

“Sejak November lalu, kami mengenakan caj 10 peratus bagi memberi pengajaran kepada mangsa supaya jangan mudah membuat pinjaman along dan datang lagi untuk meminta bantuan untuk menyelesaikan kes mereka.

“Caj itu juga berpatutan, sesuai dengan keadaan sekarang kerana kami ada kos operasi termasuk sewa pejabat, gaji pekerja dan utiliti. Sebelum ini kami tiada pejabat dan segalanya dilakukan secara ‘mobile‘ di mana-mana saja,” katanya.

Sumber