Pendatang baharu A-League, Auckland FC telah uji kekuatan Harimau Malaya hari ini selepas gagal mendapatkan pasukan kebangsaan negara lain untuk aksi persahabatan antarabangsa.
Auckland FC dibarisi oleh beberapa pemain berkualiti dan turut diperkuatkan oleh bekas tonggak skuad kebangsaan Jepun, Hiroki Sakai.
Baca Juga:
- Kelab New Zealand Yang Dibarisi Bintang Jepun Uji Kekuatan Harimau Malaya
- FAM Dedah Punca 8 Negara Tolak Lawan Harimau Malaya
- Harimau Malaya Bakal Ada Lagu Sendiri Ciptaan Warner Music Malaysia
Skuad kendalian Pau Marti Vicente itu berjaya memberi saingan kepada kelab ternama New Zealand tersebut apabila mencatat keputusan seri 1-1.
Auckland terlebih dahulu membuka akaun jaringan menerusi Francis De Vries seawal minit ke 25 sebelum Nooa Laine menyamakan kedudukan di separuh masa kedua.
Keputusan Masa Penuh
Perlawanan Antarabangsa Tier 2 (Tertutup) | Jumaat, 11 Oktober 2024
AUCKLAND FC 1-1 MALAYSIA
⚽️ Francis de Vries 25'
⚽️ Nooa Laine 59'* Perlawanan berlangsung di Stadium Go Media, Auckland, New Zealand#FAM #HarimauMalaya pic.twitter.com/xKs41Z8RPP
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) October 11, 2024
Pau Marti dalam satu kenyataan berkata perlawanan tersebut hanya pemanas badan sebelum menghadapi aksi persahabatan antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand pada hari isnin ini.
Perlawanan ini memberikan satu peluang yang cukup berharga kerana New Zealand berada di kedudukan ke-95 dunia.
“Separuh masa pertama kami bolos satu gol tetapi saya rasa pemain beraksi dengan baik dan kami cuba membuat beberapa perubahan di separuh masa kedua dengan menukar 9 pemain.
“Kebanyakan pemain hanya dapat peluang bermain selama 45 minit. Saya sangat gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua pemain.
“Secara keseluruhan, hari ini sebanyak 22 pemain telah beraksi dan saya fikir ini persediaan yang bagus untuk mereka. Ujian yang bagus untuk kami sebelum perlawanan sebenar pada hari Isnin ini.
“Saya gembira dengan prestasi pemain. Walaupun mereka tidak bermain selama 90 minit, mungkin esok pemain akan lebih bersedia selepas sesi pemulihan,” kata Pau Marti menerusi rakaman video yang dikongsi oleh FAM.