Salah sebuah kelab ternama New Zealand yang beraksi di A-League bakal menguji kekuatan skuad Harimau Malaya pada hari jumaat ini.
Pasukan negara sudah berada di Auckland dimana para pemain giat menjalani latihan bagi menghadapi perlawanan dalam jendela FIFA kali ini.
Menurut laporan wartawan tempatan, kelab tersebut ialah Auckland FC yang turut diperkuatkan oleh bekas tonggak skuad kebangsaan Jepun, Hiroki Sakai.
Auckland FC yang dibarisi bintang Jepun Hiroki Sakai akan menjadi lawan skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan tertutup Jumaat ini! 🔛@ASTROARENA pic.twitter.com/KIDgu1rYCX
— Zulhelmi Zainal Azam (@zulhelmizainal1) October 9, 2024
Auckland FC merupakan pendatang baharu A-League musim ini dan dibimbing bekas bintang Leicester City dan Wolverhamptoon Wanderes, Steve Corica.
Selepas itu, skuad Harimau Malaya akan bermain satu Perlawanan Antarabangsa Tier 1 menentang New Zealand di Auckland pada 14 Oktober 2024 di dalam Kalendar Perlawanan Antarabangsa FIFA dari 7 hingga 15 Oktober.
Perlawanan ini memberikan satu peluang yang cukup berharga kerana New Zealand berada di kedudukan ke-95 dunia.
New Zealand turut mengumumkan barisan terkuat mereka antaranya ialah penyerang kelab EPL, Nottingham Forest iaitu Chris Wood dan pemain tengah Olympiacos, Marko Stamenic.
Malah, mereka turut diperkuatkan oleh 7 pemain yang beraksi dengan kelab Eropah termasuk dari Serie A.