Siaran langsung oleh pemengaruh media sosial China telah berjaya membawa untung sebanyak $13 juta dolar (RM60 juta) seminggu dengan hanya ‘review’ barang dalam talian selama 3 saat.

Laporan media antarabangsa mendedahkan bahawa pemengaruh media sosial China, Zheng Xiang Xiang telah melakukan siaran langsung di Douyin (laman sosial versi TikTok di China) sambil menjual barang dalam beberapa saat.

Baca Juga:

Hasil daripada ‘review’ tersebut, difahamkan bahawa dia berjaya memperoleh 100 juta yuan setiap minggu.

Zheng kini telah tular di seluruh dunia disebabkan keunikan beliau membuat ulasan barang yang akan dijual olehnya. Teknik ulasan yang cepat sambil muka yang tiada perasaan telah berjaya menarik minat ramai orang.

Dan siapa percaya, dengan hanya berbekalkan muka yang tiada perasaan dan ulasan barang yang pantas, dia berjaya memperoleh $13 juta dalam seminggu.

Untuk rekod, difahamkan bahawa Zheng sudah melakukan kerja ini sejak 2017 lagi. Dia membina namanya sudah lama, tetapi baru dikenali oleh orang ramai pada tahun ini hasil daripada videonya yang tular.

Bagaimanapun, sejak beliau tular, laman sosial Douyin telah membuat satu undang-undang baharu yang melarang mana-mana pemengaruh untuk menjual barangan tanpa maklumat yang lengkap.