Seorang influencer yang sebelum ini mendakwa dia bertatu kerana mengalami depression, kini membuat reviu tentang keburukan bertatu pula.
Tampil Imej Bertatu, Pempengaruh Terkenal Tampil Berikan Penjelasan
Dalam satu video ringkas, influencer tersebut menyatakan bahawa: “Kepada anda yang tidak ada tatu, anda mungki tidak tahu pun bahawa perkara ini boleh terjadi kepada anda.
“Saya sendiri pun tidak tahu sehinggalah saya membuat tatu barulah saya tahu bahawa saya kena hadap perkara ini untuk seumur hidup saya.”
Influencer tersebut kemudian menyatakan bahawa keburukan yang dia mahu kongsikan bukanlah melibatkan kecaman orang ramai, pandangan atau stigma masyarakat, memandangkan dia seorang beragama Islam yang bertatu.
“Sebenarnya bukan sahaja masyarakat tak boleh terima anda, namun teknologi pun sama,” tegasnya.
Dia kemudian menjelaskan keburukan bertatu adalah dia kini tidak dapat menggunakan jam pintar di sebelah tangan yang ada tatu.
Hal ini kerana sensor pada jam pintar itu tidak dapat menembusi bahagian kulitnya yang ada tatu. Dia memberikan sedikit demonstrasi.
“Misalnya, jam ini tidak dapat tunjuk denyutan nadi saya pada bahagian yang ada tatu. Namun apabila saya alihkan jam pintar ini ke bahagian yang tiada tatu, anda boleh lihat bacaan nadi saya pada jam pintaar ini,” tambahnya.
“Jadi bukan sahaja masyarakat, netizen atau agama sahaja yang tak boleh terima saya bertatu, namun teknologi secanggih ini pun tak boleh terima tatu,” tegasnya.
Dia kemudian mendedahkan tentang pengalaman kurang menyenangkan ketika bertatu: “Itu tidak cerita pedih lagi, seksa, kulit merah, panas. Namun saya tak nak sentuh perkara itu kerana saya nak cerita perkara yang orang tidak tahu sahaja,” katanya lagi.
Akhir sekali influencer tersebut menegaskan bahawa keputusan bertatu ini tidak ada jalan pulang.
Ada orang yang membuang tatu di bahagian tersebut dengan laser semata mata untuk membolehkan jam pintar mereka mengesan semula bacaan.
Namun influencer tersebut menyatakan bahawa dia tidak akan melakukannya kerana membuang tatu itu lebih sakit daripada bertatu.
Akhir sekali dia berkata:”Saya tidak seperti mereka yang suka menghakimi mereka yang bertatu dan menegah, jangan buat tatu. Saya bukan seperti itu.
“Saya tunjukkan apa itu kesan bertatu kepada anda semua supaya anda berfikir panjang sebelum bertatu.”
Apa pointnya?🤔 pic.twitter.com/xtjb9WvLAs
— ًِ (@bckupacc99) April 3, 2026