Pulau Pinang sering disebut destinasi ‘syurga makanan’ dan banyak makanan yang anda boleh cuba ketika berkunjung ke sana. Malah, banyak influencer sering membuat konten review makanan di Pulau Pinang.
Terbaharu, seorang ‘influencer’ di TikTok telah memuat naik sebuah video review makanan di sebuah gerai cendol yang terkenal di Pulau Pinang.
Baca Juga:
- ‘Bankrap Bukan Pengakhiran’ – Individu Ini Kongsi Kisah Bangkit Daripada Fasa Bankrap
- ‘Pandai Urus Duit Baru Boleh Guna’ – Ini Nasihat Penasihat Kewangan Sebelum Anda Mohon Kad Kredit
- Jangan Ulang 5 Kesilapan Kewangan Orang Malaysia Selalu Buat
@emvlogmy Katanya chendol paling sedap kat Penang 🤤
Menerusi video terbabit, dapat dilihat gerai cendol terkenal dalam kalangan masyarakat tetapi status halalnya menjadi tanda tanya ramai orang. Malah, influencer itu juga dilihat sangat menikmati cendol di sana.
Perkongsian video tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen mempersoalkan status halal cendol yang dimakan ‘influencer’ itu. Malah, segelintir netizen yang merupakan orang Pulau Pinang mengatakan mereka tidak pernah makan di kedai terbabit walaupun ramai dakwa ia sedap.
Bukan itu sahaja, para netizen turut mengatakan banyak gerai cendol di sekitar Pulau Pinang halal dan sedap yang boleh dicuba. Ketika artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih lebih 2 juta tontonan dan mendapat lebih 100 ribu tanda suka serta 800 komen dari netizen.