Pempengaruh media sosial Zhiddin Aziz kini sudah sedia untuk menceburi bidang lakonan.

Walaupun begitu, itu bukan bermakna dia sudah tidak mahu menjadi pempengaruh atau influencer lagi, sebaliknya dia akan terus menghasilkan konten media sosial.

Baca Juga:

@zhiddinazizz

♬ original sound – zhiddinaziz – zhiddinaziz

Apa yang menimpa dirinya sebelum ini telah banyak mengajarnya. Di mana dia terlibat dalam kontroversi dituduh melakukan plagiarisme.

Zhiddin mendedahkan pengalaman itu telah mengajarnya dan dia menerima komen negatif dan kritikan ke atasnya dengan hati terbuka.

Bercakap kepada Mstar, Zhiddin menambah: “Yang komen negatif itu (saya terima) untuk pembaharuan diri saya kerana memang saya sedar selepas isu tersebut, banyak lagi saya perlu kejar dan baiki diri.”

Seterusnya Zhiddin Aziz memberitahu Mstar bahawa dia sudah sedia untuk menceburi bidang lakonan.

Dan dia akui berbesar hati jika ada pengarah atau produksi berminat mahu mengambilnya berlakon.

Dari segi watak, Zhiddin Aziz menegaskan dia mahukan watak seorang guru. Sambil memberikan peringatan kepada mereka yang mahu mengambilnya berlakon, bahawa dia tidak mahu menggalas watak negatif.

Zhiddin berkata: “Drama mungkin saya akan terima sebagai seorang guru. Tapi kalau watak-watak negatif, saya tidak mahu.”

Beberapa bulan lalu, Zhiddin juga turut menggemparkan netizen apabila dia mendakwa dia dinafikan untuk menerima anugerah yang sepatutnya menjadi miliknya.

Dia melampirkan bukti perbualan dengan salah seorang pegawai penganjur anugerah yang menunjukkan dia adalah sebenarnya seorang pemenang.

Zhiddin ketika itu menangis di dalam kereta ketika dia menegaskan seperti dipermainkan oleh penganjur.

Perkara itu diselesaikan dengan elok oleh Zhiddin dan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adli.