Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 – Final [11 Januari 2026, bermula 12.00 Tengah Hari]

Para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung final Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia 2026 yang bermula 12.30 tengah hari menerusi saluran yang disediakan di bawah.

Siaran Langsung Final Terbuka Malaysia 2026

1) RTMKlik! Saluran TV Okey

2) Astro Arena 801

Wooi Yik
Kredit Foto: NSTP/ASWADI ALIAS

Terdapat dua pilihan buat anda sekiranya tidak berkesempatan untuk ke Axiata Arena, Bukit Jalil bagi menyaksikan secara langsung di depan mata aksi pasangan negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik berdepan pasangan ranking pertama dunia, Kim Won Ho-Seo Seung Jae.

Yang pertamanya anda perlu melanggan pakej Astro atau Sooka untuk menonton aksi-aksi menarik bintang ternama dunia itu.

Namun jangan risau kerana bagi yang tidak melanggan pakej Astro, anda boleh menyaksikannya secara percuma di laman sesawang atau aplikasi RTMKlik! saluran TV Okey.

Perlawanan Aaron-Wooi Yik menentang pasangan hebat dari Korea Selatan itu dijangka berlangsung jam 3.20 petang iaitu perlawanan terakhir pada aksi final hari ini.

Ia bagaimanapun bergantung kepada empat aksi awal dan ada kemungkinan aksi melibatkan wakil negara itu berlangsung lebih lewat.

Aksi petang ini menjadi peluang terbaik buat Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk meraih kejohanan berstatus Super 1000 pertama kali dalam karier mereka.

Aaron-Wooi Yik sebelum ini hampa dalam enam percubaan beraksi di pentas final kejohanan berstatus Super 1000.