Selain penentuan pingat gangsa dalam acara bola sepak Sukan SEA 2025, aksi futsal Malaysia bertemu Indonesia pada petang ini juga turut mencuri tumpuan ramai.

Seperti kebiasaan, perseteruan kedua-dua negara dalam apa sahaja sukan sudah pasti cukup menarik untuk disaksikan.

Baca Juga:

Selepas meraih kemenangan penting ke atas Vietnam dan Myanmar, anak-anak buah Rakphol Sainetngam berada di momentum terbaik untuk meneruskan kecemerlangan.

Namun, lawan yang perlu dihadapi mempunyai reputasi hebat selaku juara Piala Futsal ASEAN 2024 dan aksi kali terakhir melibatkan kedua-dua pasukan pada tahun lalu, Malaysia tewas 0-5.

Hanya kemenangan akan memastikan pingat buat kem negara tetapi jika sebaliknya berlaku, mereka perlu menantikan keputusan perlawanan-perlawanan lain.

Hal ini kerana Thailand, Indonesia dan Vietnam masih mempunyai satu lagi perlawanan pada esok manakala aksi bertemu Indonesia adalah perlawanan terakhir buat Malaysia.

Info Siaran Langsung Futsal Sukan SEA 2025

Malaysia vs Indonesia

Sepak mula: 5:00 petang, 18 Disember 2025 (Khamis)
Tempat: Stadium Nonthaburi, Bangkok
Siaran Langsung: Youtube Saluran Sea Games TVS

Tiada informasi terkini diperolehi dari mana-mana saluran lain tetapi anda boleh menyaksikan perlawanan hebat ini secara langsung di Youtube saluran Sea Games TVS.

Tiga perlawanan skuad futsal negara sebelum ini juga turut disiarkan di saluran televisyen tersebut.

Kali terakhir skuad futsal Malaysia meraih pingat dalam Sukan SEA ialah pingat perak ketika temasya di Kuala Lumpur 2017.