Para peminat badminton tanah air boleh menyaksikan siaran langsung perlawanan hari pertama Badminton Terbuka India 2025 yang bermula pagi ini menerusi saluran yang disediakan di bawah.
Link Siaran langsung:
Baca Juga:
- Ini Jumlah Wang Bakal Diraih Pemain Dalam Terbuka India 2025
- Jadual Aksi Pusingan Pertama Melibatkan Pemain Malaysia Di Terbuka India 2025
- Senarai Pemain Malaysia Yang Beraksi Dalam Terbuka India 2025
Youtube rasmi BWF TV
Walaupun pemain negara beraksi jauh beribu batu, anda masih boleh menyaksikan kelibat mereka dalam siaran langsung Terbuka India 2025 dengan melayari laman Youtube rasmi Persekutuan Badminton Dunia (BWF).
Pusingan pertama iaitu pada hari pertama dan kedua anda boleh menyaksikan perlawanan bagi ketiga-tiga gelanggang tanpa perlu menggunakan VPN kerana aksi tidak disiarkan di saluran berbayar, Astro dan Sooka.
Apabila aksi sudah memasuki pusingan kedua (Pusingan 16) hingga ke perlawanan akhir, gelanggang terlibat yang disiarkan oleh Astro, anda perlu menggunakan VPN untuk menyaksikannya di Youtube BWF TV.
Hari pertama pertandingan menyaksikan tujuh wakil negara akan turun beraksi dengan Leong Jun Hao menjadi sandaran tunggal dalam acara perseorangan lelaki.
Manakala pasangan Goh Sze Fei-Nur Izzuddin akan berhadapan dengan rakan senegara yang lebih berpengalaman, Nur Muhd Azriyn Ayub-Tan Wee Kiong.
Sementara itu semi finalis Terbuka Malaysia tempoh hari, Man Wei Chong-Tee Kai Wun akan menghadapi laluan sukar menentang jaguh tuan rumah, Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty.
Terbuka India merupakan kejohanan kedua dalam kalendar Persekutuan Badminton Dunia (BWF) yang berstatus Super 750.