Acara badminton di Sukan Olimpik Paris 2024 menjadi tumpuan apabila beregu wanita, Pearly Tan-Thinaah Muralitharan turun beraksi dalam penentuan pingat gangsa hari ini.

Berdasarkan jadual, mereka akan menentang beregu Jepun, Nami Matsuyama-Chiharu Shida pada pukul 9.00 malam (Waktu Malaysia).

Baca Juga:

Info siaran langsung Pearly Tan-Thinaah vs Nami Matsuyama-Chiharu Shida (Penentuan Pingat Gangsa)

Tarikh: 3 Ogos 2024 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam waktu Malaysia
Link siaran Langsung: Astro Arena, Sukan RTM dan TV Okey.

Para peminat sukan tanah air juga boleh menyaksikan siaran langsung aksi atlet Malaysia yang lain secara percuma menerusi saluran yang disiarkan oleh stesen TV tempatan.

RTM bawakan liputan Sukan Olimpik menerusi 6 saluran di RTM Klik. Ia juga boleh ditonton secara Live Streaming dimana sahaja anda berada.

Astro turut memiliki saluran khas Sukan Olimpik namun anda perlu memuat naik aplikasi Astro Go atau Sooka untuk menonton secara Live Streaming. 

Apapun, persembahan Pearly-Thinaah di Paris sudah membanggakan rakyat Malaysia dengan mereka mencipta sejarah sebagai beregu wanita pertama negara mara ke separuh akhir Sukan Olimpik.

Sama-sama kita saksikan adakah mereka akan mencipta satu lagi sejarah dengan memenangi pingat gangsa Olimpik buat kali pertama untuk beregu wanita negara.