Sudah pun selesai dengan jayanya konsert Coldplay pada malam tadi namun tahap kebersihan di sekitar lokasi Stadium Bukit Jalil sepanjang acara berlangsung menjadi bualan hangat di kalangan netizen.

Menerusi konsert Coldplay yang diadakan di Stadiuk Bukit Jalil pada hari semalam, kawasan di luar venue menjadi kucar-kucir apabila timbunan sampah sarap memenuhi permukaan jalan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Di dalam sebuah rakaman video yang tular, dapat dilihat beg sampah makanan dan botol minuman yang dibuang berselerak di saluran beratur di luar stadium. Hal ini sekaligus memperlihatkan tingkah laku yang tidak bertanggungjawab oleh segelintir pengunjung konsert.

Rakaman tersebut telah menarik perhatian pengguna maya yang mana membidas tindakan tidak bersivik itu kerana menjejaskan imej rakyat Malaysia di mata dunia.

Ironiknya, tindakan membuang sampah yang dilakukan oleh peminat Coldplay sepertinya bertentangan dengan pendirian band itu sendiri yang sangat mementingkan kebersihan alam sekitar. Bahkan, Coldplay pernah menaja jentera jerangkap sampah berharga RM3.2 juta untuk membersihkan sampah di Sungai Klang pada tahun lalu.

Mereka menzahirkan kekecewaan terhadap peserta konsert kerana mengabaikan kebersihan alam sekitar dan gagal mengukuhkan standard kebersihan yang sepatutnya.

@bangd1b

Lepas abis konsert coldplay, aku lepak la sekejap nak bagi org clear dulu. Tetibe jadi sakit mata plak tengok bj hujan buang camtu je.. Tunjukkan la mentaliti yang bagus.. #coldplay #coldplayliveinmalaysia #stadiumbukitjalil #livenation #musicofthespheresworldtour

♬ Sparks – Coldplay

Tidah hanya terhenti di sini, ada beberapa individu lain turut memperlihatkan rakaman video seusai acara berakhir di mana sejumlah baju hujan berselerakan di tapak konsert dibiarkan oleh pengunjung konsert itu.

Susulan itu, ramai mula mempersoalkan tahap mentaliti rakyat Malaysia yang masih tidak menitik beratkan kebersihan dan kesihatan. Kita pun sedia maklum apabila sampah sarap berselerakan sehingga tidak dikawal dengan baik boleh mendorong kepada pembiakan pelbagai penyakit.

Namun begitu, kita tidak pula boleh menyalahkan keseluruhan pengunjung disebabkan oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab. Dalam hal ini, pengunjung dan penganjur mestilah cakna dalam memastikan lokasi yang digunakan berada dalam keadaan bersih pada setiap masa.