Lambakan pemain berkualiti dimiliki membuatkan pengendali England, Thomas Tuchel pening kepala untuk memilih pemain untuk menggalas tanggungjawab skuad The Three Lions di Piala Dunia 2026 nanti.

Difahamkan England akan berdepan Uruguay dan Jepun pada aksi persahabatan bulan Mac nanti sebelum Tuchel memilih senarai akhir pemain yang akan dibawa menghadapi saingan paling berprestij itu.

Baca Juga:

Tuchel bukan asing dengan keputusan berani diambilnya selepas sebelum ini pernah mengetepikan Jude Bellingham dan Phil Foden daripada skuad terdahulu.

Sehubungan dengan itu, beliua merasakan England ‘perlu mencari keseimbangan yang tepat’ dalam pemilihan pemain, bukan sekadar bergantung kepada bakat semata-mata.

Amaran Tuchel Buat Pemain England

“Apabila saya bercakap dengan pemain-pemain yang pernah beraksi di Piala Dunia, mereka sentiasa memberitahu bahawa perbezaannya terletak pada hubungan yang betul, komunikasi yang baik  terutamanya dalam kalangan pemain sendiri.”

“Apabila pemain merasakan kumpulan yang tepat berada dalam kem latihan, mereka memahami peranan masing-masing, tahu mengapa mereka dipanggil, apa yang diharapkan daripada mereka dan mereka berasa bahawa kejohanan itu boleh berlanjutan empat minggu lagi tanpa sebarang masalah kerana mereka gembira bersama, ketika itulah kejayaan hadir.”

“Namun apabila mereka sudah mula berfikir seawal pusingan 16 terbaik, ‘Bila agaknya kita boleh pulang?’ dan tenaga pasukan tidak berada pada tahap yang betul, mereka gagal.”

“Ini memberitahu saya bahawa kami perlu membuat pemilihan skuad yang tepat,” ujar beliau menurut sumber TNT Sports.

“Ia amat penting untuk kami tidak membuat pemilihan berdasarkan bakat semata-mata tetapi juga mengambil kira apa yang diperlukan daripada seseorang pemain.”

“Apakah kemahiran sosial yang dimiliki pemain itu? Adakah dia seorang rakan sepasukan yang baik?”

“Mampukah dia memberi sokongan sekiranya peranannya hanyalah sebagai pemain sokongan? Di sinilah fokus kami,” tambah Tuchel lagi.

 

Sumber