Sebutir pingat di Olimpik, bagi saya adalah satu mimpi. Untuk berdiri di podium Olimpik merupakan satu fantasi.

Saya merupakan batch pertama skuad Malaysia dalam acara beregu campuran. Di awalnya, beregu campuran disatukan secara spontan, tanpa sebarang pelan yang rapi.

Ketika itu, fokus utama Malaysia adalah pada acara perseorangan lelaki dan beregu lelaki. Rakyat Malaysia cuma berminat dalam acara badminton lelaki sahaja. Dua tahun lepas, untuk bertanding di Olimpik, saya menjalani pembedahan di kedua-dua belah lutut saya untuk memulihkan kecederaan pada kedua lutut saya.

Di permulaan sukan Olimpik Rio, target utama hanyalah untuk beraksi baik di peringkat kumpulan. Tetapi selepas itu kami ke semi-final, dan terus kami menaruh impian untuk menang pingat gangsa.

Apabila kami menang di semi-final, saya seperti merasakan ianya seperti mimpi. Benarkah kami sudah menang? Atau ini hanya mimpi? Saya sudah bermimpi banyak kali sebelum ini tentang betapa seronoknya jika dapat berdiri di atas podium.

goh liu ying

Di perlawanan akhir, kami berdepan regu Indonesia yang jauh lebih kuat. Ramai yang beranggapan kami adalah orangnya yang bakal membawa pulang pingat emas pertama Malaysia tetapi kami tidak berjaya memberi persembahan yang baik.

Berdiri di atas podium dan melihat Jalur Gemilang dinaikkan, saya menangis. Saya cuma mampu bermimpi dan tidak pernah percaya ini akan benar-benar berlaku. Kami memasuki Olimpik di tangga ke-8 dan lebih ramai beregu yang lebih baik dari kami.

Saya Goh Liu Ying. Saya tidak mempunyai pencapaian yang menakjubkan seperti pasukan China, saya tidak mempunyai performance hebat seperti beregu Korea, saya tidak mempunyai strategi taktikal sepeti pasukan Eropah dan saya tidak mempunyai pengalaman hebat seperti Indonesia. Saya hanyalah insan bernama Goh Liu Ying.

Saya tidak dilahirkan dengan badan seorang atlet. Atlet yang lain mempunyai latihan yang baik dengan coach mereka, dan saya cuma mampu membuat separuh latihan berbanding mereka yang lain.

Saya tidak mampu membina otot seperti atlet yang lain. Dengan otot yang kecil dan kurang kuat ini, saya lebih mudah dilanda kecederaan. Dan saya juga baru menjalani pembedahan di lutut, dan tidak boleh terlalu kuat dalam latihan. Kekuatan kaki saya juga kurang berbanding atlet yang lain.

Saya Goh Liu Ying. Saya adalah pemenang pingat perak acara badminton beregu campuran. Pencapaian ini akan buat saya bangga seumur hidup saya.

Sumber