Minggu lepas, penyerang skuad B-23 negara, Luqman Hakim Shamsudin diumumkan sebagai pemain baharu kelab divisyen 3 Jepun, Yokohama SCC secara pinjaman selama setahun dari KV Kortrijk.

Luqman akan memakai jersi bernombor 13 dan pada masa yang sama, kelab tersebut turut melancarkan jersi baharu yang bakal dipakai oleh semua pemain.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Menurut kenyataan rasmi, terdapat dua jenis jersi dijual kepada para penyokong iaitu jenis ‘player issue’ (authentic) dan replika. Kedua-duanya adalah produk asli (original) keluaran kelab itu tetapi harganya berbeza.

Terdapat 4 warna jersi yang telah dilancarkan oleh pihak kelab iaitu Biru (Home), Putih (Away) serta dua jersi penjaga gol, Kuning dan Merah.

Harga untuk jersi player issue ialah JPY 17,600 (RM567) manakala harga untuk jersi replika yang mampu dimiliki oleh penyokong ialah JPY 11,000 (RM351).

Rekaan jersi replika sama dengan jersi authentic yang dipakai oleh pemain sebenar. Namun jersi replika biasanya mempunyai potongan baju yang lebih longgar berbanding jersi authentic.

Yokohama SCC juga mengumumkan jersi authentic size XXL sudah habis dijual dan para penyokong yang berminat perlu membuat tempahan terlebih dahulu.

Selain itu, kelab itu turut menetapkan tambahan harga RM140 jika mahu menempatkan nameset pemain kegemaran yang dipaparkan pada belakang jersi tersebut.

Peminat Malaysia yang berminat untuk membeli jersi Yokohama SCC dengan nameset Luqman Hakim (13) boleh membuat tempahan menerusi laman web YSCC Store. 

Bagaimanapun, ia bergantung pada jumlah stok yang ada. Jika anda membuat tempahan sebelum 29 Januari 2024, pihak kelab akan mengirim jersi itu ke alamat rumah masing-masing pada hari pertama perlawanan liga.

Luqman Hakim telah pun menyertai sesi latihan pasukan sebagai persiapan pra musim sebelum saingan liga bermula pada bulan Februari 2024.

Perpindahan ini merupakan peluang Luqman untuk mengembalikan semula prestasi terbaiknya sambil mengutip pengalaman berguna beraksi dalam Liga Jepun.