Tekanan semakin memuncak daripada penyokong Liverpool untuk melihat pengurus pasukan, Arne Slot dipecat daripadanya tugasannya ekoran prestasi terlalu buruk juara bertahan English Premier League (EPL) itu.

Berbelanja besar hampir £400 juta dengan membawa pemain seperti Florian Wirtz, Alexander Isak, Hugo Ekitike, Milos Kerkez dan Jeremie Frimpong nampaknya masih tidak mampu menghadirkan sesuatu yang positif buat Slot.

Baca Juga:

Daripada tujuh perlawanan dalam semua pertandingan disertai, The Reds tewas lima kali dan lebih perit untuk diperkatakan, mereka sudah mengalami enam kekalahan dalam kempen liga.

Keadaan yang meletakkan Liverpool kini ditangga ke-12 dengan hanya 18 mata diraih, ketinggalan 11 mata dibelakang pendahulu liga, Arsenal.

Sehubungan dengan itu, sebahagian besar penyokong dan tidak terkecuali di Malaysia sudah hilang kepercayaan terhadap Slot.

Keputusan yang dianggap terbaik bagi mereka adalah dengan memecat pengurus kelahiran Belanda itu.

Oleh itu, melainkan Slot memutuskan untuk meletakkan jawatan, beliau akan berhak mendapat jumlah pampasan yang besar sekiranya Liverpool memecatnya.

Jumlah Perlu Dibayar Liverpool Sekiranya Pecat Slot

Arne Slot dilaporkan menandatangani kontrak sehingga 2027 dengan nilai £6.6 juta setahun, selain bonus menarik berkaitan kejohanan.

Secara praktikal, jika Liverpool memecat Slot dengan segera sekiranya keputusan tidak bertambah baik, mereka terpaksa membayar lebih daripada £10 juta kepada pengurus berusia 47 tahun itu.

Bercakap dalam sidang media menjelang aksi bertemu West Ham United, Slot mengakui sudah berbincang dengan pengurusan tertinggi Liverpool dan berikrar untuk terus berjuang mengubah nasib pasukan.

“Kami telah mengadakan perbincangan yang sama seperti sejak saya tiba di sini. Kami terus berjuang.”

“Kami cuba memperbaiki prestasi tetapi perbincangan itu sama seperti yang telah berlaku sepanjang satu setengah tahun yang lalu.”

“Tak begitu mudah untuk dikatakan. Normal untuk merenung sesuatu perlawanan berdasarkan keputusan yang telah kita buat.”

“Mungkin kita buat sedikit lebih kalau kita kalah. Pada akhirnya, ia tentang melakukan apa yang menjadi teras kelab ini. Terus berjuang walau sesukar mana pun.”

“Sudah tentu bagus kalau kita boleh memberi ganjaran kepada diri sendiri pada saat-saat kita bermain dengan baik.”

“Orang ramai biasanya fokus pada bahagian di mana kita tidak bermain dengan baik, tetapi ada banyak bahagian di mana kita bermain dengan baik,” ujar Slot menurut sumber Goal.

Sumber