Pengurus Liverpool, Arne Slot mengakui beliau benar-benar bingung dengan rentetan keputusan buruk dialamina pasukannya dalam English Premier League (EPL) 2025/26.

Juara bertahan itu telah tewas enam daripada tujuh perlawanan terakhir liga dan kini berada kedudukan ke-12 hanya mengumpul 18 mata.

Baca Juga:

Namun, Slot tetap mempertahankan para pemainnya dengan menegaskan bahawa mereka telah memenangi tiga daripada empat perlawanan terakhir dalam saingan UEFA Champions League (UCL).

Awal pagi tadi, kelab Merseyside itu dimalukan PSV Eindhoven 1-4 di laman sendiri, satu keadaan yang membuatkan Slot semakin tertekan.

Memulakan saingan musim ini dengan membawa masuk pemain-pemain seperti Florian Wirtz, Hugo Ekitike, Milos Kerkez dan Jeremie Frimpong, Slot kemudiannya merekrut pula penyerang Sweden, Alexander Isak.

Belanja besar itu bagaimanapun tampak gagal untuk menghadirkan sesuatu lebih besar diharapkannya.

Slot Bingung

“Saya juga seperti orang ramai yang lain, hampir bingung,” ujar beliau menurut sumber laporan Goal.

“Macam, bagaimana ini boleh berlaku dengan begitu banyak pemain berkualiti tetapi saya tidak dapat mencari cara untuk menang bersama pasukan saya?”

“Yang ini juga tidak sepenuhnya benar, kerana orang juga boleh kata kami telah menang dua daripada empat perlawanan terakhir.”

“Kami telah menang tiga daripada empat perlawanan Liga Juara-Juara. Tetapi jelas bahawa kami telah tewas terlalu banyak perlawanan.”

Liverpool akan berkunjung ke London Stadium pada hujung minggu ini untuk berhadapan dengan West Ham United dalam kempen liga.

Sumber