Warner Music Malaysia mengesahkan kontrak penyanyi Kaka Azraff dengan syarikat rakaman itu telah ditamatkan menurut laporan Xtra. Menerusi satu kenyataan media, Warner Music menyatakan sebab kontrak penyanyi tersebut ditamatkan.

“Kaka Azraff merupakan seorang artis yang sangat berbakat tetapi malangnya, kami terpaksa berpisah dengannya disebabkan penggunaan bahasa tertentu dalam mesej langsung yang dipaparkan dalam talian.

Baca Juga:

“Walaupun kami dengan teguh memperjuangkan hak kebebasan bersuara oleh artiks di bawah naungan kami, namun sesiapa yang bertindak dengan cara demikian tanpa mengira bangsa, atau agama kami akan turut membuat keputusan yang sama,” tulis Warner Music dalam kenyataannya.

Kaka Azraff sebelum ini mendapat perhatian media di Israel yang menuduh artis itu seorang anti-semitik.

Ia gara-gara Kaka Azraff memberikan komen menyokong Palestin secara terbuka. Dia kemudian bertelagah dengan seorang pempengaruh pro Israel dan membuatkan lelaki itu terguris dan mengadu kepada laman Instagram.

Peminat kaka juga berpendapat akaun Instagram Kaka seperti sudah terkena ‘shadow ban’ apabila sukar untuk membuat carian nama artis terbabit di Instagram selain perkongsian artis berkenaan tidak muncul di timeline mereka.

Sumber