Warner  Music Malaysia dikatakan tunduk kepada desakan beberapa pihak agar menamatkan kontrak Kaka Azraff hanya kerana artis wanita itu terlalu lantang bersuara menyokong Palestin.

Kaka Azraff sebelum ini mendapat perhatian media di Israel yang menuduh artis itu seorang anti-semitik.

Baca Juga:

Ianya gara gara Kaka Azraff memberikan komen menyokong Palestin secara terbuka. Dia kemudian bertelagah dengan  seorang pempengaruh pro Israel dan membuatkan lelaki itu terguris dan mengadu kepada sebuah laman media sosial.

Kaka Azraff antara artis yang lantang bersuara menyokong Palestin di Instagram miliknya.

Kaka Azraff Buatkan Influencer Pro Israel Koyak

Membuatkan laman peminat Jew Hate Database mendedahkan maklumatnya kepada umum, di mana mereka berkongsi tentang status Kaka Azraff sebagai penyanyi Pop Malaysia yang bernaung di bawah syarikat Warner Music.

Seperti yang diketahui Warner Music antara 3 syarikat rakaman terbesar di dunia yang mengutuk Hamas sebelum ini dalam satu kenyataan bersama.

Oleh itu ramai netizen pro Israel meminta Warner Music mengambil tindakan ke atas Kaka Azraff.

Dalam status mereka Jew Hate Database menulis: “Kenali Kaka Azraff, penyanyi pop Malaysia yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia.”

“Pada masa lapang, dia meluangkan masa untuk memaki hamun pempengaruh media sosial, secara spesifiknya, Nate.”

Banyak lagi kecaman yang dia buat dan kami di Vocket tidak boleh menyiarkannya di sini kerana ada beberapa perkataan diharamkan oleh Facebook dan media sosial lain terutama berkaitan dengan H****.

Anda klik pautan ini untuk terus ke post itu pada gambar ini:

Mereka juga mendedahkan beberapa jenama yang bekerjasama dengan Kaka Azraff termasuk Fendi, Dior, Yves St Laurent dan banyak lagi.

Laman tersrbut turut memberitahu pengikutnya bahawa Kaka Azraff pernah terpampang di Time Square di AS dalam promosi dibuat Spotify.

Tidak lama kemudian Warner Music dilaporkan telah menamatkan kontrak Kaka Azraff selepas dia lantang menyokong Palestin.

Kaka Azraff yang berperang mulut dengan pempengaruh pro Israel itu telah mengeluarkan komen: “Kerana Israel lah orang yang memulakan (perang). Israel mencuri tanah mereka dan kini berlagak seperti merekalah mangsa?”

“Orang sakit. H***er sepatutnya membunuh semua Israel! Kau sial” tulis Kaka.

Komen itu telah membuatkan Warner Music mengambil tindakan. Difahamkan nama Kaka Azraff sudah dikeluarkan daripada senarai artis di bawah naungan Warner Music.

Kami cuba mencari maklumat Kaka Azraff, ini yang berlaku:

Selain itu hanya ini nama artis tempatan yang bernaung di bawah Warner Music Malaysia:

Kontraknya akan tamat secara rasmi pada 31 Disember ini. Namun Kaka Azraff perlu menjalani semua aktiviti yang telah dipersetujui ketika dalam kontraknya, walaupun acara itu berlangsung selepas 31 Disember 2023.

Netizen dari Malaysia tampil mempertahankan Kaka Azraff dan menyerang laman Warner Music terutama sekali Warner Music Malaysia.