Perancis yang membuat penampilan pertama dalam Piala Dunia Futsal bukan sahaja melayakkan diri ke pusingan 16 edisi 2024 tetapi turut mencuri tumpuan dengan cara negatif.
Ia berlaku ketika Perancis dan Iran bertemu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan F untuk menentukan status selaku juara dan naib juara kumpulan.
Baca Juga:
- Piala Dunia Futsal 2024: Iran, Thailand & Afghanistan Bawa Cabaran Asia Di Pusingan 16
- Senarai Penuh Negara Bertanding Dalam Piala Dunia Futsal 2024
- 4 Pemain Thailand Ini Bakal Buat Penampilan Keempat Dalam Piala Dunia Futsal
Sudah jelas bahawa juara kumpulan perlu berhadapan dengan gergasi Afrika iaitu Maghribi manakala naib juara pula bakal bertemu Thailand di pusingan 16.
Melihatkan kepada kemampuan Maghribi dilihat lebih mantap berbanding Thailand, aksi Perancis dan Iran kelihatan seperti sesi latihan ‘two side’ terutamanya pada babak pertama.

Lebih menyakitkan hati apabila melihat pemain Perancis, Sid Belhaj, Arthur Tchaptchet dan Ayoub Saadaoui membiarkan Salar Aghapour melepasi kawalan mereka dengan cukup mudah.
Kemuncaknya, Thibaut Garros seolah-olah membiarkan sahaja melepaskan bola rembatan Salar Aghapour tanpa sebarang usaha untuk menafikan percubaan itu sekali gus memberikan Iran jaringan pembukaan pada minit ke-24.
Apa yang telah ditampilkan kedua-dua pasukan jelas membuatkan peminat futsal seluruh dunia berang dengan tindakan para pemain ketika beraksi.
Malah penjaga gol Kazakhstan yang turut beraksi dalam Piala Dunia kali ini, Leo Higuita dan pemenang Piala Dunia edisi 2016, Leandro Cuzzolino turut meluahkan kemarahan mereka terhadap insiden memalukan tersebut.
@todavidafutsal Vergonha sendo escrita na Copa do Mundo. França entrega o jogo para o Iran. 🤦🏽♂️
Tamat perlawanan tersebut, Iran mencatatkan kemenangan 4-1 untuk bertemu Maghribi manakala skuad futsal Perancis menanti cabaran Thailand.
Untuk menonton sorotan aksi Perancis menentang Iran, klik link manakala link perlawanan penuh pula disini.