24 negara bakal bersaing dalam saingan Piala Dunia Futsal 2024 yang bakal bermula petang esok dimana Thailand dan Croatia akan membuka tirai kejohanan.

Saingan memasuki edisi ke-10 penganjurannya itu bakal berlangsung di Uzbekistan yang menyaksikan Tashkent (Humo Arena), Bukhara (Bukhara Universal Sports Complex) dan Andijan (Andijan Universal Sports Complex) menjadi lokasi pertandingan.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Ia merupakan kali pertama dalam sejarah benua Asia Tengah menjadi pilihan untuk menganjurkan kejohanan futsal paling berprestij dunia itu.

Daripada 24 pasukan bertanding, terdapat empat daripadanya yang bakal membuat penampilan sulung dalam Piala Dunia Futsal iaitu Afghanistan, Tajiskitan, New Zealand dan Perancis.

Berikut merupakan senarai kumpulan dan pasukan yang akan bertanding dalam Piala Dunia Futsal 2024:

Kumpulan A – Uzbekistan, Belanda, Paraguay & Costa Rica

Kumpulan B Brazil, Cuba, Croatia & Thailand

Kumpulan C – Argentina, Ukraine, Afghanistan & Angola

Kumpulan D –  Sepanyol, Kazakhstan, New Zealand & Libya

Kumpulan E – Portugal, Panama, Tajikistan & Maghribi

Kumpulan F –  IR Iran, Venezuela, Guatemala & Perancis

Seperti kebiasaan, dua pasukan tangga teratas akan layak secara automatik ke pusingan 16 manakala empat pasukan terbaik dalam kalangan pasukan tangga ketiga akan turut mara.

Portugal merupakan juara bertahan selepas berjaya menundukkan Argentina pada perlawanan akhir dengan keputusan 2-1 hasil dua jaringan Pany Varela.

Skuad kendalian Jorge Braz itu berdepan tugas berat untuk mempertahankan kejuaraan apabila Brazil, Argentina dan Sepanyol dilihat mampu untuk menggagalkan impian mereka pada kali ini.