Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) buat pertama kali dalam sejarah telah mengeluarkan ranking dunia bagi sukan futsal lelaki dan wanita.

Ranking yang dikeluarkan pada 6 Mei 2024 di laman sesawang rasmi FIFA itu menyaksikan juara dunia lima kali, Brazil menghuni tangga teratas dengan kutipan 1568.41 mata.

HYPE
Wayout Solution Cipta Sejarah Rangkul Anugerah Company Of The Year
Baca lagi →

Baca Juga:

Portugal yang merupakan juara bertahan Piala Dunia dan Kejohanan Eropah mengekori rapat di kedudukan kedua dimana ketinggalan hanya 40.8 mata manakala Sepanyol di tempat ketiga dengan 1514.42 mata.

Iran pula menjadi pasukan terbaik Asia apabila mengumpul 1469.33 mata untuk berada di tangga keempat dan jiran tetangga kita, Thailand pula menduduki tempat kesembilan (1316.27 mata).

Sementara itu, Malaysia yang kini dibimbing oleh Rakphol Sainetngam di tangga ke-79 dengan kutipan 971.06 mata.

Ranking pasukan lelaki yang dikeluarkan FIFA ini adalah melibatkan 139 negara.

Bagi kategori wanita pula, Malaysia berada di kedudukan ke-28 daripada 69 pasukan. Brazil memimpin carta dengan 1364.75 mata.

Kedudukan ranking futsal bagi pasukan Asia (lelaki):

1) Iran (4)
2) Thailand (9)
3) Uzbekistan (11)
4) Jepun (15)
5) Indonesia (28)
6) Afghanistan (30)
7) Vietnam (33)
8) Tajikistan (34)
9) Kuwait (35)
10) Republik Krygyz (41)
11) Iraq (42)
12) Arab Saudi (48)
13) Australia (49)
14) Lebanon (53)
15) Myanmar (56)
16) Laos (64)
17) Turkmenistan (66)
18) Korea Selatan (70)
19) Bahrain (73)
20) Malaysia (79)
21) Jordan (81)
22) China (84)
23) Chinese Taipei (85)
24) Qatar (93)
25) Filipina (95)
26) Oman (96)
27) Maldives (110)
28) Timor Leste (111)
29) Brunei Darussalam (116)
30) Macau (117)
31) Hong Kong China (120)
32) Nepal (121)
33) Palestin (122)
34) India (135)