Thomas Tuchel bakal memulakan tugasan antarabangsa pertamanya sebaik sahaja aksi English Premier League (EPL) minggu ini berakhir apabila England akan berdepan Albania dan Latvia dalam Kelayakan Piala Dunia 2026.
Pengendali kelahiran Jerman itu juga sudah mengumumkan barisan pemain yang bakal membawa cabaran England pada aksi 22 dan 25 Mac itu.
Baca Juga:
- Jurulatih Inggeris Tidak Senang Dengan Kehadiran Thomas Tuchel
- Neville, Carragher Persoal Tindakan FA Lantik Thomas Tuchel Sebagai Pengurus England
- Thomas Tuchel Setuju Jadi Pengurus Baharu England
Dan Burn, Morgan Rogers dan Myles Lewis-Skelly mendapat panggilan pertama dalam karier mereka manakala Reece James, Jordan Henderson serta Marcus Rashford kembali dipanggil untuk memperkuatkan skuad The Three Lions itu.
Menjadi lumrah buat setiap pengurus bagi mana-mana pasukan akan menetapkan peraturan yang perlu diikuti oleh barisan pemainnya.
Ia tidak terkecuali buat Tuchel yang diketahui mempunyai beberapa peraturan serta pantang-larang sepanjang sesi latihannya.
Peraturan Thomas Tuchel
Menurut sumber laporan Sport Bible, bagi 26 pemain yang dipilih oleh Tuchel, beberapa peraturan ketat perlu dipatuhi sepanjang mereka berada di kem England.
Thomas Tuchel dikatakan akan mengulangi larangan agar pemain tidak dipanggil dengan nama keluarga mereka di padang latihan. Sebaliknya, beliau lebih suka nama pertama digunakan selagi boleh.
Peraturan itu turut ditetapkan oleh beliau ketika membimbing Chelsea selama dua setengah musim sebelum dipecat pemerintahan baharu, Todd Boehly.
Beliau turut turut menyukai ‘eye contact’ dan menegaskan agar pemain melihat ke mata antara satu sama lain ketika mereka bertegur sapa.
Beliau juga mahu setiap pemain mengucapkan ‘selamat pagi’ apabila mereka tiba di padang latihan atau untuk menghadapi satu-satu perlawanan.
Dalam pada itu, Tuchel juga mahu setiap pemain menjalin ikatan istimewa dengan dirinya supaya mereka lebih kuat ketika menghadapi kesukaran.