Penyerang berpengalaman kelahiran England, Ryan Hall mencipta sensasi pada aksi London Senior Trophy (antara pertandingan dalam saingan Liga Semi Pro Bola Sepak England), minggu lalu apabila beliau meledakkan jaringan pantas dari jarak jauh.

Beliau yang sebelum ini pernah beraksi bersama Crystal Palace dan Leeds United bertindak melakukan percubaan terus sebaik sahaja sepak mula perlawanan menentang Cockfosters FC Development.

HYPE
Dari Konten Ke Jualan, TikTok Shop ‘Game Changer’ E-Dagang
Baca lagi →

Baca Juga:

Penjaga gol lawan yang sedikit keluar dari posisinya tidak mampu untuk menghalang percubaan menarik pemain berusia 36 tahun itu sekali gus meletakkan pasukannya, Croydon FC dihadapan.

Susulan dengan jaringan pantas yang dihasilkan, laman X Croydon FC bertanyakan kepada akaun rasmi Guiness World of Records adakan ia merupakan jaringan terpantas dalam sejarah bola sepak senior.

Pihak penyimpan rekod-rekod dunia itu bagaimanapun tidak memberikan sebarang jawapan berhubung pertanyaan kelab tersebut tetapi sebaliknya hanya membalas ‘what a hit son, what a hit’.

Hall, bekas pemain pasukan remaja England, pernah membuat penampilan bersama pasukan ketiga (England C) pada 2010 ketika berusia 22 tahun, tetapi kerjayanya sejak itu mengalami kemerosotan dan dia telah berakhir di liga bawahan.

Antara pemain yang pernah menjaringkan gol jarak jauh seperti dihasilkan oleh Ryan Hall ini adalah Nawaf Al Abed ketika Al Hilal bertemu  Al Shoalah serta pemain Valladolid, Joseba Llorente pada perlawanan menentang Espanyol dalam saingan LaLiga 2007/08.

 

Sumber