Setiap orang mempunyai cara menyimpan duit yang tersendiri. Di Malaysia, orang Cina sering kali dikaitkan sebagai kaum yang paling berjimat-cermat dan sangat berhati-hati apabila mahu membelanjakan setiap sen yang mereka dapat.

Oleh sebab ‘budaya menyimpan’ yang telah diamalkan sejak turun-temurun itu menyebabkan orang Cina nampak sentiasa lebih kehadapan, lebih-lebih lagi dalam bidang perniagaan.

Artikel Berkaitan:

Afham Yusof, seorang YouTuber kewangan berkongsi semula perkongsian rakannya mengenai budaya orang Cina suka menyimpan duit mereka.

Menurut sahabatnya dikenali sebagai Sean, beliau mendakwa telah menyimpan sebanyak 50% daripada gaji bulanan yang diterima.

Terkejut mendengar itu, Afham telah membuat carian di Google dan mendapati, secara purata orang Cina di Singapura menyimpan sekurang-kurangnya 34.1% daripada gaji mereka.

Difahamkan ketika COVID-19 melanda dunia, mereka boleh menyimpan duit mereka sehingga 40%.

Sebab Orang Cina Suka Simpan Duit

Afham menjelaskan bahawa menyimpan duit itu merupakan budaya yang berkait rapat dengan kaum Cina.

Warna merah sering dikaitkan dengan orang Cina. Warna itu membawa maksud ‘banyak nasib baik’ kepada orang Cina, sebab itulah warna angpao berwarna merah.

Dalam pada itu, semasa memberikan angpao, pemberi akan menyebut ‘Gong Xi Fa Cai’ kepada penerima.

Ramai ingatkan ia bermaksud ‘Selamat Tahun Baharu Cina’, namun sebaliknya ia membawa maksud ‘Semoga kekayaan anda berkembang’.

Apabila kanak-kanak menerima duit angpao itu, ibu bapa akan mengalakkan anak-anak mereka untuk menyimpan. Ibu bapa akan menjelaskan bahawa perbuatan ‘menyimpan itu satu amalan yang mulia.

Rahsia Orang Cina Simpan Duit

Faktor utama mengapa orang cina simpan duit adalah mereka mengamalkan Zero Based Budgeting — di mana mereka tahu setiap duit yang masuk dan kemana setiap sen dibelanjakan.

Dengan menggunakan kaedah ini, hasil sistem kiraan akan menunjukkan lebihan wang akan jadi RM0.

Zero Based Budgeting boleh dibuat sendiri, asalkan anda komited dan jujur dengan diri sendiri.

Selepas beberapa bulan membuatnya, akan akan dapat melihat perbezaan trend perbelanjaan, sama ada semakin meningkat atau berkurangan.

4 Prinsip Bila Orang Cina Simpan Duit

Tambah Sean lagi, orang Cina mempunyai tiga prinsip kewangan yang dipegang untuk simpan duit dengan betul.

  1. Tidak Suka Kumpul Barangan Kemas: Orang Cina tidak suka kumpul barangan kemas yang diperbuat daripada emas hanya untuk menunjuk-nunjuk. Sebaliknya emas dibeli untuk kegunaan kecemasan, di mana emas itu akan dipajak gadai kerana ia lebih baik daripada meminjam duit ahli keluarga atau rakan-rakan.
  2. Guna ‘Peraturan 10:1’: Hanya berbelanja 1 bahagian daripada 10 bahagian mereka ada. Sebagai contoh cuma guna RM1 daripada RM10. Dengan erti kata lain orang Cina lebih memilih berbelanja pada kadar seminima yang boleh.
  3. Tidak Suka Berhutang: Memang jelas orang Cina tidak suka berhutang. Mereka lebih suka membayar tunai. Sekiranya perlu berhutang seperti pinjaman rumah atau kereta, mereka meletakkan wang deposit yang tinggi. Ini kerana mereka mahu jaga cashflow setiap bulan.
  4. Pentingkan Kualiti Barang Keperluan: Orang Cina tidak kisah berbelanja lebih untuk sesuatu barangan, asalkan ia berkualiti dan memberikan manfaat buat jangka masa panjang.

Dalam pada itu Sean juga ada berkongsi, kebanyakkan orang Cina akan berkahwin apabila sudah stabil; miliki pekerjaan dan rumah.

Kemudian, selepas kahwin, mereka memilih untuk mempunyai seorang atau dua anak, atau tiada anak langsung.

Ini kerana dalam family planning orang Cina mengharmonikan dengan keluarga — mereka lebih memilih jumlah anak yang sedikit, namun jumlah simpanan yang besar — supaya boleh dilaburkan semula kepada diri mereka sendiri seperti perubatan, pendidikan pencen sendiri selepas bersara.

Sumber Gambar: YouTube @afhamyusof
Sumber Gambar: YouTube @afhamyusof
Sumber Gambar: YouTube @afhamyusof
Sumber Gambar: YouTube @afhamyusof
Sumber Gambar: YouTube @afhamyusof

Perkongsian oleh Afham itu turut mendapat sokongan daripada penonton-penonton video tersebut. Ramai yang menyokong dengan fakta yang dikongsikan.

Netizen kaum Cina turut berkongsi pengalaman dan cara peribadi apabila menyimpan duit. Mereka mengakui menyimpan sebahagian daripada gaji mereka secara paksa adalah wajib dibuat setiap bulan.

Semoga dengan perkongsian di atas, kita semua sedikit sebanyak dapat tiru budaya yang baik ini untuk kebaikkan diri sendiri dan generasi akan datang.