Gergasi futsal tanah air, Pahang Rangers bakal mendapat ketua jurulatih baharu apabila Gerard Casas Ullastre memilih untuk meninggalkan pasukan itu selepas tamat saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) musim ini.
Ia adalah keputusan mengejutkan bagi penyokong Pahang Rangers selepas jurulatih tersebut berkhidmat selama 4 tahun setengah di Malaysia.
Baca Juga:
- Ini Rahsia Bangsa Cina Simpan Duit Yang Semua Orang Boleh Ikut
- Mengapa Pengguna CIMB Tidak Perlu Panik Dengan Servis DuitNow
- 5 Tanda Status Kewangan Anda Lebih Baik Daripada Kebanyakan Individu Lain
Difahamkan keputusan itu dibuat kerana Gerard telah mendapat tawaran untuk melatih sebuah kelab divisyen 2 Liga Futsal Sepanyol.
🆕🦆El técnico catalán @gerard_casas nuevo entrenador de @oparrulofs.
🖋️Un entrenador joven pero experimentado,al que le llega la primera oportunidad de entrenar en la élite de España🇪🇸, tras llevar varios años en Malasia🇲🇾.
🔁 Se prevé un proyecto novel y con gente de la casa. pic.twitter.com/2iLeEUA2bg
— Jorge Zamorano (@JorgeZamorano_4) June 20, 2024
“Kepada penyokong setia PRFC dan keluarga futsal Pahang saya, saya ingin mengumumkan bahawa, selepas 4 tahun setengah di Malaysia, saya telah membuat keputusan untuk meninggalkan Pahang Rangers apabila MPFL tamat musim ini, dan meneruskan karier saya di Sepanyol.
“Ini adalah keputusan peribadi yang saya percaya adalah yang terbaik untuk kerjaya saya dan sudah tiba masanya untuk saya kembali ke negara asal saya.
“Jangan risau, kerana kelab dan saya sedang bekerjasama untuk memastikan PRFC ditinggalkan di tangan yang terbaik dan bergerak ke arah yang betul.
“Masih ada masa untuk mengucapkan selamat tinggal dan penjelasan tentang meninggalkan Pahang, yang saya anggap dan akan sentiasa menjadi rumah saya, tetapi liga masih belum tamat. Kita masih mempunyai 7 lagi perlawanan untuk berjuang bersama untuk para penyokong dan kelab yang hebat ini,” katanya dalam kenyataan rasmi.
Antara pencapaian terbaik Gerard ialah berjaya membawa Pahang Rangers muncul juara dalam saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL) serta muncul juara untuk Piala Futsal Malaysia musim lalu.
Pahang Rangers kini berada di kedudukan yang ke-2 dalam carta liga dengan mengutip 16 mata, lima mata di belakang pendahulu carta liga, Johor Darul Ta’zim (JDT).