Skuad futsal Johor Darul Ta’zim (JDT) menafikan tohmahan yang dilemparkan mengatakan wujud salah laku dalam usaha kelab tersebut mahu membawa masuk pemain Pahang Rangers.

Menurut satu hantaran yang dimuatnaik oleh laman Otai Sukan di Facebook kelmarin, terdapat kenyataan dikeluarkan yang berbunyi:

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

“Nak player, ambik lah cara betul. Takyahlah bawak perangai bola tu ke dalam futsal.”

“Siap ‘saiko’ dan ajar player buat ‘palat’, ponteng latihan, bermusuh dgn ‘current team’ dia tu dah kenapa? Nak ambik ‘player for free’?”

“Team kaya, takkan lah pampasan lima angka tak sampai 50k pun takleh bayar? What a shame.”

Hantaran tersebut membuatkan ramai peminat beranggapan skuad futsal JDT sedang merancang untuk membawa masuk pemain skuad juara berganda Liga Premier Futsal Malaysia dan Piala Futsal Malaysia itu ke Pasir Gudang.

Susulan dengan itu, JDT menerusi Ketua Pegawai Eksekutifnya, Alistair Edwards memberikan penjelasan berhubung perkara tersebut.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam perbincangan bersama Pahang Rangers berhubung perpindahan beberapa pemain futsal menjelang musim 2024.”

“Harimau Selatan telah membuat pertanyaan dan sedang berunding dengan Pahang Rangers, termasuk presiden kelab YAM Tengku Fahad Mua’adzam Shah, untuk mencapai persetujuan.”

”Kami menafikan dakwaan pihak-pihak tertentu yang memberi bayangan bahawa terdapat salah laku dalam perkara ini kerana JDT telah mengikut saluran yang sepatutnya.”

“JDT juga tidak menasihati pemain untuk bertindak dalam apa cara sekalipun,” ujar Alistair menurut kenyataan dikeluarkan di laman Facebook JDT Futsal.

Difahamkan pemain yang dimaksudkan cuba untuk dipancing JDT adalah duo skuad kebangsaan iaitu Mohd Ridzwan Bakri dan Mahadir Harapan Khairuddin.

Hal ini kerana kelibat Ridzwan Bakri masih belum dapat disaksikan bersama pasukan manakala Mahadir turut tidak kelihatan ketika perlawanan persahabatan di Setapak, siang tadi.

Sumber