Seekor kucing berwarna oren yang diselamatkan di lokasi ‘Insiden Elmina’ yang melibatkan sebuah pesawat Beechcraft Model 390 di Persiaran Elmina, Shah Alam, 17 Ogos lalu dilaporkan mati pada hari semalam.

Kematian haiwan yang diberi nama ‘Oyen’ itu dimaklumkan menerusi Instagram doktor veterinar yang merawatnya, Dr. Zulerwan.

Baca Juga:

Menurut beliau, Oyen yang didapati positif untuk virus ‘feline Ilimmunodeficiency virus’ (FIV) atau dikenali sebagai sindrom kurang daya tahan penyakit (AIDS) kucing, membuatkan sistem imun badan Oyen terganggu.

“Komplikasi luka yang berada di tulang belakang Oyen membuatkan jangkitan kuman lebih cepat merebak.

“Oyen mulai lemah dan rawatan telah diberikan sebaik mungkin, tetapi Oyen tidak dapat bertahan.

“Terima kasih kepada semua yang mendoakan Oyen,” katanya.

Perkhabaran tersebut menyebabkan orang ramai terkejut dan tidak percaya ketiadaan Oyen yang kelihatan sudah semakin pulih sebelum ini.

Orang ramai turut mengucapkan terima kasih kepada Dr.Zul, pasukan ambulans KKM yang menyelamat Oyen di tempat nahas berlaku tempoh hari.

Sumber Gambar: IG @zulerwan
Sumber Gambar: IG @zulerwan
Sumber Gambar: IG @zulerwan

Terdahulu, Dr.Zul berkongsi perkembangan Oyen yang berada dalam keadaan stabil dan semakin pulih daripada kecederaan.

Beliau yang merawat kucing tersebut memaklumkan ketika itu proses memulihkan kecederaan Oyen masih lagi dijalankan.

Sumber