Intan Serah telah menanggung malu apabila Kim Pan Gon atau KPG terbukti membuat pertukaran yang tepat.
Segalanya berlaku ketika Kim Pan Gon memasukkan Romel Morales pada babak akhir permainan. Intan Serah dengan nada bengang berkata:
Baca Juga:
- Seri Dengan Malaysia, Penyokong Korea Mahu Jurgen Klinsmann Dipecat
- Piala Asia 2023: Malaysia Pulang Dengan Satu Mata, Cemerlang Ikat Korea Selatan 3-3
- “Jangan Takut Lawan Korea Selatan” – Tegas Kim Pan Gon Kepada Pemain
“Satu lagi pertukaran bodoh dari Kim Pan Gon. Masukkanlah Pawi!!”
Menariknya, Romel Morales menikmati salah satu momen terbaik dalam kariernya dan memberikan salah satu detik terbaik kepada peminat bola sepak Malaysia.
Ini termasuk buat Intan Serah sendiri yang berada di dalam stadium.
3-3 feels like win for us la weh! Malaysiaaa 🇲🇾😭 pic.twitter.com/MzzB07xAsC
— Intanserah (@serahsocool) January 25, 2024
Ini kerapa pada minit ke-90+15, pemain itu mencetak gol ketiga untuk Malaysia, yang merupakan gol penyamaan untuk mengikat Korea Selatan 3-3.
Intan Serah menerima banyak komen perlian daripada peminat. Dan pemain futsal serta bola sepak kebangsaan itu segera berkata:
“Kim Pan Gon pandai guys. Sebab tu bukan saya yang jadi jurulatih kebangsaan. Hahah.”
KPG pandai guys. Sebab tu bukan saya yang jadi national coach. Hahah
— Intanserah (@serahsocool) January 25, 2024
Kenyataan Intan Serah itu dianggap lebih kepada cuba mengawal kerosakan daripada menjadi lebih teruk. Ini ditambah dengan statusnya sebagai pemain wanita kebangsaan. Yang sebenarnya bernaung di bawah satu organisasi dengan Kim Pan Gon dalam bola sepak.
Damage control oleh pemain bolasepak wanita kebangsaan diatas komentar yang sangat tidak profesional oleh beliau.
— Mie Blue Bird (@MieBlueBird) January 25, 2024
Ada juga yang menganggap Intan Serah tidak layak digelar pemain profesional kerana langsung tidak menjaga profesionalisme.
Intan turut mengakui bahawa Romel Morales padu dalam perlawanan ini namun masih kecewa kerana Safawi Rasid tidak bermain di hadapan matanya.
Dia sebelum itu meminta maaf kerana tidak percayakan Romel Morales berbanding Pawi.
Saya masih nak Pawi main 🥲 https://t.co/HoQxnETcu5
— Intanserah (@serahsocool) January 25, 2024
Intan Serah seterusnya menyatakan bahawa dia dan peminat bola sepak Malaysia percaya kepada Kim Pan Gon atau KPG.
Woohooooooo in KPG we trust! ✊🏼🇲🇾😭 pic.twitter.com/rZN2YjbmoR
— Intanserah (@serahsocool) January 25, 2024
Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir kumpulan E. Malaysia benar benar membuat kejutan.
Korea Selatan mara ke pusingan kalah mati. Sementara Harimau Malaya harus akur bahawa kempen mereka berakhir di sini.
Namun kejayaan ini akan diingati sampai bila bila.
🖤💛 Terima kasih kepada para penyokong Harimau Malaya yang hadir memberikan sokongan kepada skuad Harimau Malaya pada perlawanan ketiga Kumpulan E, Piala Asia 2023 menentang Republik Korea di Stadium Al Janoub, Qatar, petang tadi.#FAM #HarimauMalaya #AsianCup2023 pic.twitter.com/3eSQrgleOY
— FA Malaysia (@FAM_Malaysia) January 25, 2024