Intan Serah telah menanggung malu apabila Kim Pan Gon atau KPG terbukti membuat pertukaran yang tepat.

Segalanya berlaku ketika Kim Pan Gon memasukkan Romel Morales pada babak akhir permainan. Intan Serah dengan nada bengang berkata:

Baca Juga:

“Satu lagi pertukaran bodoh dari Kim Pan Gon. Masukkanlah Pawi!!”

Menariknya, Romel Morales menikmati salah satu momen terbaik dalam kariernya dan memberikan salah satu detik terbaik kepada peminat bola sepak Malaysia.

Ini termasuk buat Intan Serah sendiri yang berada di dalam stadium.

Ini kerapa pada minit ke-90+15, pemain itu mencetak gol ketiga untuk Malaysia, yang merupakan gol penyamaan untuk mengikat Korea Selatan 3-3.

Intan Serah menerima banyak komen perlian daripada peminat. Dan pemain futsal serta bola sepak kebangsaan itu segera berkata:

“Kim Pan Gon pandai guys. Sebab tu bukan saya yang jadi jurulatih kebangsaan. Hahah.”

Kenyataan Intan Serah itu dianggap lebih kepada cuba mengawal kerosakan daripada menjadi lebih teruk. Ini ditambah dengan statusnya sebagai pemain wanita kebangsaan. Yang sebenarnya bernaung di bawah satu organisasi dengan Kim Pan Gon dalam bola sepak.

Ada juga yang menganggap Intan Serah tidak layak digelar pemain profesional kerana langsung tidak menjaga profesionalisme.

Intan turut mengakui bahawa Romel Morales padu dalam perlawanan ini namun masih kecewa kerana Safawi Rasid tidak bermain di hadapan matanya.

Dia sebelum itu meminta maaf kerana tidak percayakan Romel Morales berbanding Pawi.

Intan Serah seterusnya menyatakan bahawa dia dan peminat bola sepak Malaysia percaya kepada Kim Pan Gon atau KPG.

Malaysia mengikat Korea Selatan 3-3 dalam aksi terakhir kumpulan E. Malaysia benar benar membuat kejutan.

Korea Selatan mara ke pusingan kalah mati. Sementara Harimau Malaya harus akur bahawa kempen mereka berakhir di sini.

Namun kejayaan ini akan diingati sampai bila bila.