Tular pada hari ini apabila Puteri Sarah Liyana pada hari ini telah memfailkan penceraian dengan Syamsul Yusof. Difahamkan tindakan dibuat selepas tidak mampu lagi sabar dengan apa yang dilakukan suaminya Syamsul Yusof berikutan perkahwinan dengan isteri kedua iaitu Ira Kaza.

Tidak hanya memfailkan cerai, pihak peguam Puteri Sarah Liyana akan mengambil tindakan lanjut di Mahkamah Sivil susulan tindakan isteri kedua Syamsul Yusof iaitu Ira Kaza dan beberapa ahli keluarga Ira yang didakwa melanggar perintah injuksi seperti yang sudah difailkan tahun lalu.

Baca Juga:

Menurut Datuk Akberdin Abdul Kader, mereka akan mulakan prosiding menghina mahkamah terhadap Ira, bapa dan kakaknya kerana secara terang-terangan melanggar perintah injuksi yang dikeluarkan Mahkamah Sivil sebelum ini.

“Perintah itu kekal sehingga hari ini tapi mereka tak patuh. Kita akan minta mahkamah untuk jatuhkan hukuman penjara dan denda. Kita akan tunjukkan jenis-jenis perlanggaran yang sudah dilakukan.

“Perlanggaran perintah kali ini memang agak dahsyat. Mereka sepatutnya tidak boleh mendekati Syamsul tetapi kali ini agak berlebihan apabila mereka pula berkahwin di luar negara tanpa dapat izin mahkamah di sini,” katanya.

Difahamkan pada 28 Jun lalu, Puteri Sarah menerusi peguamnya menyerahkan perintah injuksi interim kepada pihak defendan iaitu Ira. Perintah itu dikeluarkan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 24 Jun lalu agar defendan berhenti meluah atau menyebarkan apa-apa bentuk gangguan di media sosial atau mana-mana platform sama ada dirinya atau yang berkaitan dengan dirinya.

Perintah terbabit juga bagi memastikan tiada lagi gangguan dalam keadaan semasa terhadap Puteri Sarah.

Sumber