Isteri Remy Ishak mempertahankan tindakan suaminya memakai subang pada hidungnya, imej yang dianggap sangat kontroversi melibatkan pelakon lelaki kesayangan ramai itu.
Remy Ishak menerima banyak kecaman kerana penampilan terbaru itu. Ada yang menuduh Remy Ishak sebagai artis yang dah sendu yang sengaja mencari publisiti murahan supaya media kembali menjaja cerita tentangnya.
Tuduhan itu tidak disenangi oleh isteri Remy Ishak, iaitu Ezza Yusof. Kerana menurut Ezza, suaminya masih laku, dan banyak menerima tawaran berlakon, tanpa melakukan perkara sedemikian selama ini.
Cuma Remy Ishak adalah seorang yang tidak suka hebohkan banyak perkembangan tentang projeknya di media sosial, menurut isterinya lagi.
Isterinya menyatakan bahawa, sangat susah nak melihat suaminya itu bercuti, jadi di mana ‘sendu’ yang dimaksudkan netizen?
Ezza berkata: “Alhamdulillah, Allah bagi rezeki kepada kami tak pernah putus. Susah suami saya ni nak dapat cuti kerja. Bezanya, suami saya ini jenis tidak suka berkongsi di media sosial.
“Semoga Allah memudahkan urusan adik.”
Ezza kemudian berseloroh menyatakan bahwa cincin yang dipakai suaminya di hidung sudah pun dipulangkan kepadanya dan dia meminta semua orang santai santai sahaja.
Remy Ishak menjadi perhatian ramai kerana imejnya ketika mempromosi drama terbarunya. Dia menjelaskan bahawa subang yang dipakai pada hidungnya adalah sekadar aksesori fesyen semata mata.
Dan dia tidak menindik lubang sekalipun hidungnya seperti yang disangka oleh ramai pihak. Remy Ishak menyatakan bahawa dia tidak kisah jika penampilannya akan dikecam dan dikritik oleh netizen.
@ohmymedia.cc Wuish nampak lain terus Remy pakai cincin kat hidung, ala-ala gengster gitu😃 #ohmymedia #ommbest #selebriti #remyishak #cincinhidung #kecam
♬ original sound – Syafiq LYRICAL🔥 – Syafiq LYRICAL🔥