Remy Ishak kini bergelar Datuk setelah menerima darjah kebesaran tersebut di dari Melaka.
Yang Dipertuan Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam telah menganugerahkan Darjah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka kepada pelakon popular tersebut.
Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang diterimanya membawa kepada gelaran Datuk.
Ia sebagai menghargai jasa dan pengorbanan Remy Ishak dalam bidang seni.
Datuk Remy Ishak menegaskan bahawa walaupun sudah bergelar Datuk, namun dia tetap Remy Ishak yang sama dan tidak akan mengubah sikap mahupun penampilannya.
Penganugerahan Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon, Remy Ishak tidak sedikit mengubah sikap dan penampilan dirinya.
berita penuh: https://t.co/ajtmVjQrPS pic.twitter.com/nkU2totQ9A
— Berita Harian (@bharianmy) August 25, 2024
Dia mahu dilayan sama seperti sebelum ini. Datuk Remy Ishak gembira menerima anugerah tersebut dan menyatakan bahawa itu merupakan perkara yang dia tidak pernah impikan langsung.
Namun dia menganggap darjah kebesaran itu akan menaikkan lagi semangatnya untuk lebih berjaya dalam bidang seni selepas ini.
Dipetik dari sumber Buletin TV3, Datuk Remy Ishak berkata:
“Memang tak pernah bermimpikan pun sebenarnya (untuk menerima gelaran Datuk)… mencari gelaran itu tidak, tapi diberikan hadiah kepada saya.
“Ia memberi satu suntikan semangat kepada saya untuk lebih berjaya pada masa akan datang sekali gus memberi galakan kepada anak-anak muda di negeri ini untuk mengejar cita-cita mereka.”
Akhir sekali dia berharap artis artis lain yang di luar sana turut menjadikan kejayaannya sebagai pemangkin semangat agar mereka mendapat pengiktirafan serupa di masa akan datang.
Remy Ishak sudah lama berkecimpung dalam dunia seni lakonan tanah air. Jadi namanya bukanlah asing di bibir peminat layar perak.
Menurut laporan Oh Bulan, Remy Ishak sudah berlakon lebih daripada 30 buah filem sepanjang kariernya.