Waris dalam satu kenyataan di Instagram miliknya mendakwa bahawa ada cubaan daripada pihak tertentu untuk menjatuhkan beliau apabila sebuah video lama ketika beliau menyanyi di salah sebuah majlis agama tular.

Semalam The Vocket melaporkan sebuah video berdurasi beberapa saat di mana Waris menyanyikan sebuah lagu di majlis agama. Video itu mendapat perhatian selepas kelihatan sekumpulan lelaki berkopiah seperti kurang senang dengan persembahan Waris.

https://www.instagram.com/p/CbzjZIXP1nx/

“Guys, perang raih undi dah mula. Yang post video aku nyanyi kat masjid tu pun geng-geng mungkir janji yang upload. Video lama yang dipotong dari IGTV. Tahun lepas tr tapi tak jadi, tahun ini dia upload video sama lagi dan dia berjaya viral. Tujuan? Nak buat orang marah,” kata Waris di laman Instagram miliknya.

Waris juga meminta kepada pengikutnya di media sosial untuk berhati-hati dengan kumpulan yang mahu menjatuhkan beliau.

Namun netizen seperti dapat membaca makna tersirat dalam kenyataan yang dikeluarkan Waris. Sebahagian netizen mendakwa bahawa kenyataan Waris seolah-olah ditujukan kepada parti politik.

‘Salah majlis ni mat’ – Waris nyanyi lagu rap di acara agama buat geng ustaz kurang senang. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

‘Salah Majlis Ni Mat’ – Waris Nyanyi Lagu Rap Di Acara Agama Buat Geng Ustaz Kurang Senang