Pada 22 November yang lalu, satu Operasi Bersepadu yang digerakkan oleh Skuad KL Strike Force dengan penglibatan PDRM dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) untuk mengambil tindakan tegas terutamanya kepada jurugambar haram yang berkeliaran di sekitar KLCC dan pintasan Saloma.

Hasil operasi mendapati kegiatan ‘mobilegrapher’ semakin ketara dan mengganggu kelancaran pergerakan pengunjung.

Sehubungan itu, pihak DBKL telah melaksanakan 23 tindakan sitaan ke atas peralatan mobilegrapher serta mengeluarkan 23 notis kompaun di bawah UUK 3(1) Undang-Undang Kecil Perlesenan Penjaja (WPKL) 2016.

Walaupun sudah mengempur kedua-dua lokasi panas tersebut, netizen sepertinya masih tidak berpuas hati dengan tindakan itu kerana percaya masih kurang efektif dan isu ini berpotensi untuk berulang-lagi.

Antara cadangan yang paling bernas dan menjadi sebutan ramai adalah dengan menempatkan polis untuk membuat rondaan secara berkala atau lebih baik secara harian.

Isu Ulat Gambar Di KLCC, Netizen Cadang Kena Buat Benda 'Ini' Baru Mereka Serik
Sumber Gambar: Facebook

Malah, ada yang mahu didirikan pondok polis di kawasan tarikan pelancong itu, jadi boleh memantau dengan lebih terperinci pada setiap masa.

Dalam istilah lain digelar sebagai polis pelancong, yang mana bukan sahaja sebagai menjaga keselamatan awam di samping memberikan maklumat mengenai undang-undang, adat dan budaya masyarakat tempatan serta tempat-tempat yang menarik untuk dikunjung kepada para pelancong.

Hal ini kerana ada yang mendakwa sehari selepas operasi tersebut masih kelihatan geng ulat gambar yang masih berkeliaran di kawasan KLCC seumpama tidak serik dengan tindakan yang dikenakan.

Selain itu, walaupun sudah disita peralatan pengambaran, ada yang mahu tindakan yang lebih tegas di mana menyemak juga identiti pengenalan mereka kerana dipercayai ada yang menyamar sebagai warga lokal dan berperangai biadap terhadap pengunjung.

Lambat laun, netizen percaya hal ini akan memberikan kesan negatif terhadap nama Malaysia di dalam kalangan pelancong dan akhirnya boleh menjejask industri pelancong kita juga.

Jika didapati memang tiada kad pengenalan dan berstatus PATI, pihak JPN bolehlah menangkap mereka dan menghantar pulang ke negara asal masing-masing.

Isu Ulat Gambar Di KLCC, Netizen Cadang Kena Buat Benda 'Ini' Baru Mereka Serik
Sumber Gambar: Facebook

Rentetan daripada itu, netizen turut meminta warga tempatan untuk memboikot bisnes haram itu kerana tanpa sokongan dan permintaan pasti mereka akan menghentikan operasinya.

Selain itu, pihak berkuasa perlu ambil cakna tentang warga asing yang memenuhi ibu kota Kuala Lumpur  kerana pada saban hari mereka tampak tidak endah dengan undang-undang Malaysia dan lebih teruk lagi membawa budaya negatif negara asal datang ke sini.

Apa-apa pun, syabas buat pihak berkuasa kerana sudah melakukan operasi secara besar-besaran pada tempoh hari lalu dan diharapkan lebih banyak langkah proaktif diambil dalam membasmi kegiatan haram dari berleluasa demi kesejahteraan sejagat.