Saya kongsikan itinerari dan beberapa tips berikut buat rujukan bagi anda yang ingin travel ke Ho Chi Minh.

HARI PERTAMA

HYPE
Uban Hilang, Keyakinan Kembali! Alpecin Grey Attack Muncul Sebagai Hero Rambut Anda
Baca lagi →

Dari TBS, ambil ERL TBS- Salak Tinggi- KLIA2. Kenapa lompat ? Sebab murah, beza 2 kali ganda.

Kalau direct: RM38.40
Lompat: RM12.40 + RM4.90 = RM17.30

Beza 20 minit je.

bercuti-di-ho-chi-minh-6

Sampai di Airport, terus ke Ben Thanh (District 1) ambil Bas no 152 harga tiket VND 5000. Masa diambil lebih kurang 20-30 minit.

Saya duduk Backpackers dorm. Sebab sampai tu dah agak petang, jadi saya lepak lepak rehat je kat katil.

Malamnya korang boleh usha-usha Ben Thanh Nigt Market > Backpackers Street > Malaysia Street. Backpackers Street ni banyak kelab malam je sepanjang jalan.

Malay street ni boleh jumpa orang Malaysia ramai. Sini tempat makan halal banyak, tempat orang borong kain, telekong dll.

JANGAN terkejut kalau makan mahal. Sini memang mahal. Paling murah boleh cari ‘Restoran Halal Amin’. Murah dia Nasi lemak ayam VND50,000 juga la. bersamaan RM10.

Tang makan ni saya jimat sikit. Nasi Lemak Ayam pagi, siang tak makan, malam baru cari roti ayam. Kat bawah ada gambar makwe jual roti. Memang ada kat jalan tu. Air memang tak minum kat restoran.

Makan pelan-pelan, tercekik susah.

Kos hari ni: Tiket VND5000 + Dorm VND 100,000 = VND 105,000 @ RM 21

HARI KE DUA

Saya ke Ben than Market usha usha barang TENGOK harga kasar. Pasar ni buka pagi, luas.

Kemudian ke Palace of Independent. Antara tempat bersejarah yang korang boleh lawati. Kalau jalan kaki kurang lebih 2-3 km jadi tak jauh mana. Kawasan ni sangat dicadangkan sebab antara kawasan yang cantik. Feeling Eropah.

Kemudin ke Saigon Post Office. Juga tempat menarik yang korang kena lawat di sekitar bandar Saigon. Ada juga gereja tua yang korang boleh lawati hanya berhadapan je. Pastu korang boleh terus ke Hard Rock Cafe.

Malamnya lepak lepak dekat Tugu Ho Chi Minh. Ho Chi Minh ini orang yang bertanggung jawab menyatukan Vietnam utara dan selatan, sebab tu saya namakan negeri ini, ” Negeri Penyatuan”

Kat tugu ni, dataran dia meriah. Banyak persembahan jalanan.

Kos hari ni: Tiket POI VND30,000 + Post Office Free = VND30,000 @ RM 6

bercuti-di-ho-chi-minh-3

bercuti-di-ho-chi-minh-4

bercuti-di-ho-chi-minh-1

bercuti-di-ho-chi-minh-2

bercuti-di-ho-chi-minh-17

HARI KETIGA

Saya ke Cu Chi tunnel, tak pakai travel agent, kami ambil bas. Sambil sambil jalan, sambil tengok budaya orang di sini.

Untuk ke sana kena ambil 2 bas. Stesen bas ni tak sama dengan stesen bas yang mula-mula sampai. Stesen bas ni namanya ‘Park Bus Station’. Nak ke sini korang akan nampak MC Donald, jadi korang hanya perlu jalan lorong yang sama nanti melalui taman, kira hampir 1.5km

Bas pertama ke Cu Chi, Bus no 13 ambil masa 1 jam. 7000 VND.

Bas kedua dah sampai Steseb Cu Chi, ambil bas no 79 ke Tunnel, ambil masa lebih kurang 30 minit. 5000 VND. Balik pun bas yang sama.

Cu Chi Tunnel ni agak menarik sebab kita boleh masuk terowong yang tentera atau gerilla dia orang guna. Cuma kawasan tu agak luas untuk menapak. Dari tunnel ke tempat menembak ke temple.

Kos Hari ini: Bas ke Cu Chi Tunnel 7000 + 5000 + 5000 + 7000 + tiket masuk 90,000 = 114000VND @ RM22.80

HARI KEEMPAT

Hari ni sebenar nya hajat nak ke Mekong Delta or Ben Tre, tapi tengok pada perjalanan dan review kata tak sesuai pergi balik hari ditambah pula badan agak penat dan client masuk wad. Maka saya ambil keputusan untuk rehat di bilik.

Tapi saya kongsikan setakat yang saya google. Mekong Delta korang boleh pergi dengan travel agent, atau ambil bas ekspress terus kesana,tiket ada jual dekat travel agensi tepi tepi jalan.

Korang jangan balik hari. Bermalam dekat sana sekurang-kurangnya 1 malam baru balik. Kalau nak ambil pakej jangan ambil yang balik hari, korang boleh check sendiri jarak dan buat anggaran masa. Tapi kalau malas fikir, ambil je pakej tapi 2 hari.

Oh ye pagi tu saya ke pasar Coo Binh Tay, tapi takda apa yang menarik sangat. Malam saya habiskan di Malay Street dan Night Market. Beli barang.

Kos hari ni: Hanya bas Ke Pasar Coo Binh Tay. Pergi balik 10,000 VND.

Baca: 13 Tip Travel Gaya Backpacker Di Vietnam

RUMUSAN KOS

Kos ni saya kira kos hakiki, senang korang nak convert siap siap duit RM ke VND.

Terlebih cukup rasanya kalau korang tukar 1,000,000 VND atau RM200 Untuk kegunaan Public transport and Tiket masuk. Kalau nk pakai travel agent tambah la RM 200 lagi.

Untuk Makan dan Beli Belah lebih baik pakai RM.

Bajet makan sepinggan nasi RM10-15. So sehari berapa pinggan anda perlu? Beli belah korang bajet sendiri la. Makcik-makcik memang bersila pilih kain.

Untuk ke Mekong kalau guna travel agent, korang prepare la RM100 – RM300. Rasa rugi pulak tak pegi.

Lupa, hotel boleh booking siap-siap. Tak mahal, dalam lingkungan harga  hotel di Malaysia iaitu RM80 – RM150. Saya duduk backpackers dorm 1 malam RM18

Parking TBS Free haha. Mungkin rezeki.

bercuti-di-ho-chi-minh-7

bercuti-di-ho-chi-minh-16

bercuti-di-ho-chi-minh-8

bercuti-di-ho-chi-minh-9

bercuti-di-ho-chi-minh-10

bercuti-di-ho-chi-minh-11

HCM TRAVEL TIPS

1. Korang kena pandai kira-kira. Sini RM1 kita bersamaan VND 5,000± untuk senang kira.

2. Untuk kenderaan awam korang kena pakai VND. Makan minum atau beli barang boleh pakai RM lagi senang kira.

3. Kat sini ELAKKAN sekadar bertanya, sebab korang akan rasa bagai dipaksa. Jangan marah dia orang, itu cara dia orang sebab tu saya pesan awal-awal.

4. Pastikan korang dah sedia untuk beli, baru NEGO. Awal-awal tu korang jeling-jeling je tengok harga barang.

5. Kalau nak beli jangan takut untuk NEGO. Ada orang marah kata nya “orang Malaysia suka bargain, memalukan”. Tapi korang kena tawar-menawar sebab korang boleh dapat 1/3 atau 2/3 dari harga asal.

6. Sekali lagi pastikan korang bargain kaw-kaw bila korang betul nak beli.

7. Jangan lupa cuba kopi dia. Saya setiap malam kena kopi dia. Fuh!

8. Air mineral korang beli hanya di ‘K Mart’  VND 4000 ada yang dapat VND 3000. Kalau beli di kedai makan boleh cecah VND 10,000- 20,000 jenama yang sama.

9. Bila sampai dekat Ben Tanh pada hari pertama ingat land mark dia. Contoh Market, McD, Menara ‘Rebung’.

10. Nak mudah pakai la Google maps kat smartphone tu. Senang dan ada pilihan untuk pejalan kaki, macam kompas.

11. Bila peniaga sana approach, korang jangan ramah sangat berhenti melayan. Cukup sekadar SENYUM dan geleng kepala.

12. Jalan raya sini memang sesak amat sampai tahap korang pening macam mana nak lintas jalan. Jangan risau, orang kat sini akan melintas ikut suka, sebab motor kereta akan elak kita. Nanti korang sampai korang tau la. Mula-mula memang kekok, lama-lama korang akan ‘Walk like a King’ haha!

13. Sini ramai juga peminta sedekah. Jadi berhati-hati jelah.

14. Dekat sana ada Maybank incase tak cukup duit. Tapi jangan lupa aktifkan siap-siap.

15. Korang boleh tanya barang ni copy ke ori, dia orang akan bagi tau. Sini kasut atau beg banyak yang tiruan.

16. Kalau banyak barang naik bas, beg jangan letak atas kerusi nanti dia caj untuk tambang. Letak atas lantai.

17. Simcard boleh pilih nak data sahaja, beli dekat airport siap-siap.

bercuti-di-ho-chi-minh-12

bercuti-di-ho-chi-minh-13

bercuti-di-ho-chi-minh-14

RUMUSAN SAYA

HCM ni takda la menarik kalau korang sekadar datang nak jalan-jalan. Krabi much much more better. Korang akan habis duit banyak untuk makan. Tapi kalau suka tempat bersejarah sini memang terbaik !

Saya terpaksa akur dengan review daripada 2 orang backpacker ni. Sorang dari Croatia (laki) sorang dari Austria (pompuan).

1. Vietnamese just love our money. Korang datang sini korang akan rasa macam air. kalau orang putih lagi la kena ketuk sebab pakai dolar. Sebab tu air mineral pun boleh dapat macam macam harga.

2. Vietnamese rude. Tak dinafikan memang peniaga sini kasar. Sebab tu saya banyak share pasal nak membeli atau bargain kat atas tu. Tapi ada je yang baik.

3. And of course kebersihannya tak memberangsangkan.

HCM boleh jadi syurga membeli belah buat wanita terutama yang memborong kain, telekong. Untuk lelaki mungkin syurga memborong barang travel. Kat sini memang murah.

Mungkin sebab saya tak sampai ke Mekong Delta, maka saya tak dapat memberikan review terbaik.

Jangan takut datang sini kerana baca review saya. Saya kecewa sebab saya datang untuk jenjalan. Tapi HCM bukan tempat untuk berjalan. Cadangan saya, korang boleh backpack KL- HCM- Hanoi- KL saya rasa lagi menarik.

Kalau nak datang untuk memborong GO FOR IT!  Last but not list, makwe sini lawo-lawo oi!

Baca lagi: 9 Tips Tawar Harga ‘Kaw-Kaw’ Sewaktu Membeli Belah Di Vietnam